Wednesday, 14 September 2022

Majlis Konvokesyen & Makan Malam di Hilton KL

Assalamualaikum...

Entry utama sebab musabab ke Hilton Kuala Lumpur pada 2 September 2022..ada event Majlis Konvokesyen dan Makan Malam anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta, Malaysia (LPEPH).

Dah berapa kali ditangguh disebabkan Covid-19, Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya. Dan teman hadir untuk terima scroll. Abadikan kenangan indah dalam hidup..

Alhamdulillah, Alhamdulillah...selamat menjalani interview Test of Professional Competence (TPC) pada tahun 2019.

The venue - Grand Ballroom

ahli kumpulan tak cukup quorum
boleh bawa ahli keluarga utk meraikan bersama 
 
unik betul lampu silingnya
 
Pengerusi LPEPH sedang berucap

Majlis dirasmikan oleh timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah...
 
the menu - Chinese course
 
Selalunya dinner Chinese course ni depa letak je makanan kat tengah, kendian kita cedok sendiri tapi kali ni depa serve sorang-sorang, tak dapatlah nak tambah, makan jelah apa yang diserve...
 
Servis memang lambatlah, sorang serve 2 meja, kena serve 20 orang. One-man show, dialah nak cedok makanan dalam piring/mangkuk, dia nak pi hantar ke meja, dia nak angkat piring yang dah diguna, dia nak pi ambil air, nak serve air...tapi bagusnya takde pembaziran...hehe..
 
semangkuk nasi goreng kimchi

ikan stim

sayur brokoli
 
persembahan dari kumpulan Projek X
 
saat yang ditunggu telah tiba...naik pentas untuk ambil scroll..
 
jumpa ex-staff (kanan)

the moment
 
 
Sekian..Alhamdulillah..

Sunday, 11 September 2022

Kuih Bulan yang syahdu..

Nihao.. 

semalam kaum Tionghua meraikan Mid-Autumn Festival atau Pesta Kuih Bulan..

meh lihat kuih bulan yang dijual di Hilton Kuala Lumpur

lembut warna kuih bulan...begitu rupanya acuan kuih bulan..
macam acuan kuih putu kacang

syahdu sungguh warnanya...ada blue moon..
 
Selamat berhujung minggu..

Friday, 9 September 2022

Himalaya Vajomba

Salam Jumaat...dah hampir Maghrib..

Sapa suka gula-gula Himalaya Salt ni..rasanya masam-masam manis..

Orang kata fungsi dia sama macam air isotonic, macam air 100plus, boleh ganti garam mineral dalam badan..yelahh, namapun sports candy kan..

Sekarang ni ada gula-gula Himalaya Vajomba pula...untuk sakit tekak (sore throat).


comel je dua-dua ni..warna packaging pun menarik
 
Beli dua sekali sebab cute..gula-gula mint..
 
 actiwhoosh mints
 
perghh..efek dia...boom pow wow zap zing Yasssss!
 
honey lime mints..sedap ni..
 
perghh...dapat bayangkan efek dia...nyaman sekali

 

sekarang ni tengah batuk2 dan sakit tekak, semoga mujarab gula-gula ni
 
Happy weekend semua!!