Thursday, 23 July 2026

Family Gathering @ Homestay Tepi Kubur

Salam semua...

1 Julai haritu, adik yang duduk Alor Setar, turun KL, ada reunion sekolah dia di Hotel Majestic. Reunion event hari Khamis, 2 Julai..

Bila dia datang rumah, suka sangat masak-masak. Petang Jumaat tu dia pergi beli barang-barang di Rosyam Mart, kat area Jakel Mall. Jom tengok apa yang dia masak pagi Sabtu..

ayam masak merah

sambal tumis ikan bilis petai

kupang masak lemak

mee goreng ketam
hari Jumaat dia masak ketam masak lemak
ada extra, so jadi perencah mee goreng 

cucur bilis, yang ni mak masak

Tujuan masak² ni, nak dibawa ke homestay. Dia dan adik bongsu booking homestay satu malam, saja nak bersantai-santai katanya..sebab pagi Ahad dia nak join jogging di acara No Car Morning Sunday. Kakak dari Shah Alam pun join juga. Lengkap berkumpul adik-beradik pompuan. Family gathering, 14 orang semuanya..

Booked homestay di The Crest Jalan Sultan Ismail, belakang Hotel Renaissance..view dari bilik ialah kawasan kubur Jalan Ampang...


"Assalamualaikum ya ahli kubur, semoga rahmat Allah untukmu dan juga diriku, aku juga akan menyusul.." - dari bakal jenazah..
 
Bila tengok kubur, rasa insaf. Bila tengok makanan, makan tak ingat donia...haha. Adik bongsu bawa homecooked gulai ayam, beli KFC lagi. Malamnya pula, anak-anak saudara gi Damascus, beli shawarma kebab yang femes tu (claim from me..haha..belanja sekali-sekala)..supper time! makanan yang dimasak bertahan sampai dinner hari Ahad..
 
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi.. 

1 comment:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!