Thursday, 6 October 2022

Day 4 : Terakhir di Kota Bharu

Salam semua...

Baru tubik semula. Sibuk sokmo, dengan dok sihat. Meh, sambung sikit lagi cerita di KB, entry akhir..

Hari ke-4 di KB ialah hari Isnin. Orang ramai dah masuk kerja. Pelancong pun ramai dah balik. Pasar dah tak sibuk..beza sungguh dengan 2 hari sebelumnya. Saya dan kakak je yang pi beli-belah, mak tak ikut.

sarapan nasi dagang lauk ayam goreng
manis sikit nasinya
 
kakak makan nasi kerabu lauk telur ikan
 
Lepas makan, mula aktiviti bershopping. Sebab tak ramai orang, mudahlah nak snap gambo. Moh tengok coret-coret di Pasar Besar Siti Khadijah.
 
serunding
 
tin biskut yang comel, biskut dari siam, 
halal katanya

close-up view
 
kacang-kacang

asam-asam, asam jawa, buah roselle

cakar-cakar ayam
 
kepok kering
 
intai ke tingkat bawah, jom turun
 
ke bahagian ni, nak cari kepok lekor

miang kham
 
dari atas nampak kunig-kuning, jeruk rupanya
 
kecur ailio
 
petai & bawang putih
 
buah cermai, yg putih tu tak tahu
 
dah beli keropok lekor, jom keluar, ke bahagian jualan kuih-muih
 
dodok lemak, pelbagai warna
 
cek mek molek

ketupat palas 
 
pulut bakar, akok
 
ubi, kacang rebus
 
jering rebus dijadikan kuih
makan dengan kelapa paru
 
etok-etok
 
beli ni je
 
jagung rebus makan dengan kelapa parut

 OK, tamat sudah sesi meronda di pasar, jom balik hotel, kemas beg.
 
Sebelum tu, kisah petang semalam. Jalan-jalan di kawasan sekitar hotel.
 
nun ternampak bangunan stesen bas
 
nampak ada Parkson, sebenar dah tutup
bangunan ni kosong, bangunan KBTC
Kota Bharu Trade Centre
 
suka tengok bangunan kedai warna kuning ni
 
kedai bakeri dan oil mill
 
Sudah sampai masanya untuk check out. Flight pukul 1 tengahari. Kawan kakak yang hantar ke airport. Terima kasihlah, Kak Yan & suami..
 
Pesawat sudah tiba untuk membawa ku pulang
 
Sekian, bye-bye KB..

Friday, 30 September 2022

Day 3 : Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor..

Sambung kisah jalan-jalan di Kelantan. 

Masih lagi di hari ketiga, kali ni jalan-jalan ke daerah Tumpat, yang bersempadan dengan negara Thailand. Orang tempatan yang jadi pemandu pelancong, memang best le kan...kita dibawa jalan-jalan tengok sempadan Thai, kawasan Takbai yang bersebelahan Sungai Golok..

rumah-rumah orang Thai di hujung sana

Suspens gak lalu-lalang, nampak bangunan-bangunan tertutup, bengkel-bengkel papan, yang banyak disepanjang jalan, ditepi sungai. Suami kawan kakak cakap ni tempat simpan barang-barang seludup. Orang-orang yang nampak ditepi jalan, lain macam je pandang kami. Depa ingat kami nak intip depa kot...haisshh..tak sio teman..

Ok, sambung perjalanan ke kawasan bebas cukai. Kita masuk ikut belakang, ikut depan kompleks ICQ.

 parking kereta di sini, masuk ikut pintu di bangunan sana

  

keluar masuk ikut sini

 
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor luas jugalah. Jalan-jalan tengok barang.
 
banyak jual pakaian, barang-barang permainan
 
beli tudung di kedai ni
 
Sampai di kedai Idaman Suri, borong coklat dan sudu garpu.
 
otw nak keluar
 
Dari sini, kembali ke Kota Bharu. Jalan-jalan naik kereta lihat-lihat pantai Sri Tujuh dan pantai Geting. Singgah makan mee celup di Kedai Makan Kak Za, rekomendasi dari orang tempatan. Segan nak snap gambo. 

Hari dah petang, depa berdua pun nak pi ambik anak sekolah. Kami balik hotel. Makan laksa penang yang dibeli pagi tadi.
 
laksa penang, RM4.00
kureng, kuahnya rasa pahit sikit sebab banyak belacan 
 
Malamnya keluar, cari makan. 
 
Makan di sini, Medan Selera Laman Siti Khadijah
 
makan di sini, Kiosk Kak Na
 
gerai depan
 
cucuk-cucuk

 order nasi putih telur bistik, maggi belut, nasi goreng USA. Air yang special, keladi jebok dan teh hijau jebok.
 
keladi jebok, melimpah ruah buihnya
sedap rasanya
 
keladi & teh hijau jebok

nasi putih & telur bistik
 
maggi belut, tapau bawa balik
teman tak makan, tak lalu, kakak makan tak habis
 
suasana pasar malam depan hotel
 
gerai yang jual nasi kerabu sedap (belah kiri)
nasi kerabu golok namanya


 Sekian aktiviti di hari ke3 di Kota Bharu.

Thursday, 29 September 2022

Day 3 : Colek Buah dan Ziarah Masjid yang cantik

Hari ke-3 di Kota Bharu, hari Ahad..

Seperti biasa, pagi-pagi gi pasar, cari sarapan. Kakak tak ikut, sebab tunggu ex-classmate dia. Suasana di pasar masih lagi sesak. Takde kerusi kosong. Beli laksa penang di Rose Laksa, mak beli nasi putih. Bungkus saja. 

Tetiba kakak telefon, beritahu kawan dia nak bawa gi jalan-jalan. Alhamdulillah. Suami kawan kakak ni orang tempatan. Walaupun dia berpuasa haritu, tetap semangat nak bawa kami jalan-jalan..kita yang naik segan..

Sebab semua belum sarapan, kami dibawa ke gerai Nasi Dagang Kak La. Lokasinya on the way ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Masa ni pukul 10 pagi. Nasi dagang dah habis. Makan nasi putih dengan gulai ikan tongkol. Suami kawan kakak beli colek buah buat kami rasa.

colek buah yang enak
kuah rojak, ada juga serbuk asam boi dan gula warna oren
 
penjual colek buah
 
Dah sarapan, jom pi tengok laut. Ke PCB kita.
 
dah dibina benteng
 
ramai juga pengunjung. Banyak gerai jual colek ayam
colek ayam macam rojak Singapore, macam-macam ada

Kemudian kami dibawa ke Pusat Bebas Cukai di Pengkalan Kubur. On the way, singgah Masjid Ar-Rahman di Kubang Batang. Cantik masjidnya, banyak guna material yang sama dengan Masjidil Haram.

Masjid Ar-Rahman
 
ada rumah tamu, bagus macam ni
 
pintu utama
 
pintu kedua
 
grand pintunya
 
Bahagian dalam pula. Subhanallah, cantik, serba biru.
 
mimbar
 
pintu utama di bahagian dalam masjid
 
Meneruskan perjalanan, tak lama kemudian, driver berhenti lagi. Kali ni singgah minum cendol dan makan goreng pisang, kopok lekor dan celup tepung.
 
kopok lekor, cendawan celup tepung, goreng pisang, bebola ikan
 
 
Selesai makan, meneruskan perjalanan semula ke Pengkalan Kubor. Lalu di pekan Bunohan, unik namanya, seram pun ada. Mesti ada kisah disebalik nama. Dulu ada filem bertajuk 'Bunohan', tahun bila dah lupa..
 
Bersambung di next entry ya..