Friday, 14 October 2022

Mi Segera Jenama Numee

Salam Jumaat...

Huh..sibuk betul sejak dua menjak ni, prepare proposal. Biasalah kan syarikat GLC (Government-Linked Companies) ni macam² benda depa nak, sampaikan draf agreement pun suruh kita buat...huhu..kita bukannya legal firm, sib baik ada sample dari proposal lama. 

Me like this, last night...amend agreement..

Yang tak tahan tu depa punya dokumen 100++ muka surat...berpinau bijik mata nak baca..kita kan nak selamatkan pokok, tak nak print hardcopy, redho jelah, print juga. Alhamdulillah, depa invite kita submit proposal, dapat tak dapat tu belakang kira...yang penting hidup mesti diteruskan....tiberrr...

Done membebel..jom kita tengok mi segera yang terbaru dalam pasaran, jenama Numee dari syarikat Gardenia. Mi kuning jenama ni sedap...kenyal dan tak banyak kapur..

mi segera berkuah, perisa ayam
 
mi goreng
 
Beli yang mi berkuah. Not bad rasanya, mild je..
 
mi segera Numee...enakkk..

 Bertambah pilihan selain dari jenama yang dah mendonia tu..

 

 ok gaiss, nak buat satu lagi proposal GLC untuk submission minggu depan,
100++ muka surat juga...bertabahlah..
 
#blog kawan², nanti ye pelan² pi visit..

Thursday, 6 October 2022

Day 4 : Terakhir di Kota Bharu

Salam semua...

Baru tubik semula. Sibuk sokmo, dengan dok sihat. Meh, sambung sikit lagi cerita di KB, entry akhir..

Hari ke-4 di KB ialah hari Isnin. Orang ramai dah masuk kerja. Pelancong pun ramai dah balik. Pasar dah tak sibuk..beza sungguh dengan 2 hari sebelumnya. Saya dan kakak je yang pi beli-belah, mak tak ikut.

sarapan nasi dagang lauk ayam goreng
manis sikit nasinya
 
kakak makan nasi kerabu lauk telur ikan
 
Lepas makan, mula aktiviti bershopping. Sebab tak ramai orang, mudahlah nak snap gambo. Moh tengok coret-coret di Pasar Besar Siti Khadijah.
 
serunding
 
tin biskut yang comel, biskut dari siam, 
halal katanya

close-up view
 
kacang-kacang

asam-asam, asam jawa, buah roselle

cakar-cakar ayam
 
kepok kering
 
intai ke tingkat bawah, jom turun
 
ke bahagian ni, nak cari kepok lekor

miang kham
 
dari atas nampak kunig-kuning, jeruk rupanya
 
kecur ailio
 
petai & bawang putih
 
buah cermai, yg putih tu tak tahu
 
dah beli keropok lekor, jom keluar, ke bahagian jualan kuih-muih
 
dodok lemak, pelbagai warna
 
cek mek molek

ketupat palas 
 
pulut bakar, akok
 
ubi, kacang rebus
 
jering rebus dijadikan kuih
makan dengan kelapa paru
 
etok-etok
 
beli ni je
 
jagung rebus makan dengan kelapa parut

 OK, tamat sudah sesi meronda di pasar, jom balik hotel, kemas beg.
 
Sebelum tu, kisah petang semalam. Jalan-jalan di kawasan sekitar hotel.
 
nun ternampak bangunan stesen bas
 
nampak ada Parkson, sebenar dah tutup
bangunan ni kosong, bangunan KBTC
Kota Bharu Trade Centre
 
suka tengok bangunan kedai warna kuning ni
 
kedai bakeri dan oil mill
 
Sudah sampai masanya untuk check out. Flight pukul 1 tengahari. Kawan kakak yang hantar ke airport. Terima kasihlah, Kak Yan & suami..
 
Pesawat sudah tiba untuk membawa ku pulang
 
Sekian, bye-bye KB..