Assalamualaikum semua..
Kisah terjumpa warung makan kampung semasa hantar barang di Kampung Batu Muda. Kisah di hari cuti, hari Jumaat sebelum PRU.
Warung kampung di Persiaran 1/12, Kpg Batu Muda
Jom singgah, kita makan tengahari di sini. Order asam pedas ayam, dah lama teringin nak makan, nak masak..hurmm..
suasana sekitar, ingatkan bengkel keta, rupanya rumah orang
haha...banyak sangat barang-barangnya..
Yang dipesan sudah tiba..
Kurang umphh - kurang masam, tak terasa lada hitamnya, kuahnya rasa pedas kosong je..tak habis, tapau bawa balik, kita improvise kat rumah
Oklah, next time kita try masak lomak pula..ooh harganya RM10 satu set ni..