Monday, 12 December 2022

Dulu mereka sihat...

tapi sekarang sudah terlantar, walaupun baru kenal, sedih hati melihat keadaan mereka..

Menggerakkan aktiviti NGO menyampaikan sumbangan kepada pesakit terlantar, hasil maklumat daripada orang ramai, membantu keluarga yang memerlukan...

Buat survey dan beli kerusi roda dan katil pesakit di Pharmacy BIG, Seri Gombak. Alhamdulillah, mereka ada jual katil pesakit, ada dua pilihan, yang auto dan juga manual..

flip-up wheel chair - RM500++

katil pesakit manual ...RM2,000++ sekali tilam
yang auto harga RM4,000++
 
Sumbangan barangan ke pesakit mild stroke..

kerusi roda, alas tilam, lampin dewasa & 
sumbangan barang dapur
 
lalamove hantar katil ke rumah penerima
 
katil & tilam
 
pesakit yg menerima kerusi roda
 
Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga..

Saturday, 10 December 2022

Ngopi @ Kopi Mesin Kuala Terengganu

Ngopi dulu sebelum buat kerja..mengopi di Kopi Mesin, Kuala Terengganu..

Disebabkan dah makan heavy breakfast, masih kenyang lagi walaupun di tingkat bawah branch office ialah Kedai Makan Z-Bajet, restoran nasi campur yang heaven sungguh lauk-pauknya dan ramai pelanggannya.

Terpaksa menolak pelawaan branch manager untuk makan tengahari...rezeki yang terpaksa ditolak...tapi masih ada ruang untuk kopi...hehe..to kill time, appointment pukul 2.00 petang..

Order disini
 

 duduk disana...memanjang cafenya 

 
the cakes...mango cheesecake nampak yummy..
 
order one slice, kongsi 5
 bolehlah..
 
Hazelnut Latte
>
>
>
Selamat berhujung minggu semua..

Thursday, 8 December 2022

Alexis Service Apartment, Kuala Terengganu

Hola, sambung citer kerja-cum-JJCM di Kuala Terengganu..

Kami book bilik di Alexis Service Apartment di Jalan Sultan Zainal Abidin. Jalan menuju ke Jambatan Angkat, happening betul jalan ni...

Sebab utama pilih hotel ni sebab dekat dengan tapak lawatan, jalan kaki je..

Alexis Service Apartment, dibuka tahun 2020
gambar from Google
 
Jalan Sultan Zainal Abidin
belakang kedai ni terletaknya Mayang Mall
 
 
Basic room and facilities, yang penting ada lif..
 
 enter nombor kod untuk unlock the door

basic room

 
common pantry

free flow drinking water
 
lounge depan reception area

akuarium ada ikan laga, kecik je, kurus lak tu

OK, jom hit the road, Jalan Sultan Zainal Abidin, jalan kaki ke branch office, banyak tempat makan di sepanjang jalan ni, ada yang tradisional, ada yang hipster.. shopping mall besar KTCC Mall di jalan ni juga...
 
  kedai antik & tembaga
tak sempat riki, tutup hari Jumaat

Pasarnita Tanjung

stairs to nowhere
rumah kampung yang ada

Tak sabo nak tunggu Sogo di Mayang Mall ni buka, Sogo pertama di pantai timur, moga-moga tahun depan dapat buat kes ni lagi...aamiin...