Assalamualaikum, aktiviti di hari cuti isnin, 2.1.2023..
Berjalan ke rumah kakak di Kota Kemuning, nak ziarah anak saudara yang baru balik dari umrah. Dia pergi sorang, ikut group kawan-kawan mak dia. Alhamdulillah, dah tak batuk. Gi bulan 12, musim sejuk di Mekah & Madinah..
gula-gula arab
Kakak saya belum balik dari sekolah, dia pi kemas bilik koperasi. Balik je, dia ajak pi GM Klang. Saya tak pernah gi tempat ni, GM chow kit pernah gi sekali. Short-cut ikut Jalan Kebun ke KESAS, takyah bayar tol.
besaqnya...terasa bagai di seberang.. pusat grosir, pak yawan sentro
GM Klang ialah tempat kedai borong macam Kenanga Wholesale. Memang ralit tengok barang-barang di sini...macam-macam ada...daripada pakaian, perhiasan diri, perhiasan rumah, makanan, alat elektrik, boleh kata semuanya..segala mak nenek..
kedai brooch
tingkat bawah kedai makanan & restoran
tak larat nak jalan, balik rumah, lepak mamak
tea time cum dinner kononnya lah
Sampai rumah pukul 9.00 malam. Pukul 12, perut berkeroncong, lapaq, tadi makan roti canai sekeping..
Buka peti ais, Alhamdulilah, ada nasi dan ayam goreng sos korea masak semalam..
guna sos Adabi
jadiklah, berkelentung-kelentang tengah-tengah malam buta,
goreng nasis top up dengan ayam..
Alhamdulillah, a very, very late dinner..