Saturday, 18 March 2023

Titik Nol @ Kuantan

'Nol' dalam Bahasa Indonesia bermaksud 'zero' atau angka kosong. Titik nol bermakna titik permulaan...on your mark, get set...go!!!

Seminggu selepas Tahun Baru Cina, kami ke Kuantan, ada kenduri anak sepupu. Selepas kenduri, jalan-jalan ke bandar Kuantan. Ziarah Masjid Negeri @ Masjid Sultan Ahmad Shah...

 

awan mendung

 

menara jam

 Ada titik nol di sini 

bermulanya disini

Hajat hati nak naik menara kedua tertinggi di Malaya @ Menara Kuantan 188 tapi hampa, hujan turun dengan lebatnya...fighting cats & dogs..

Jomlah balik ke sarang homestay. bila hujan ni, tak syok nak jalan-jalan...

Gambar kenangan kenduri..

di Felda Sungai Pancing Utara 

pertama kali berjalan jauh denganmu 

Alhamdulillah

 
OK, happy weekend semua..

Live from Hotel Majestic KL

Good morning..

Attending group management meeting..

Happy weekend you'all..

Friday, 17 March 2023

Percutian di Pulau Pangkor - ronda pulau 2

Salam Jumaat. Sambung aktiviti ronda-ronda pulau..

Dari utara, turun ke selatan pula. Melalui kampung melayu.

Kampung Melayu
 
Tiba di masjid terapung, Masjid Al-Badri @ masjid seribu selawat
 
info mengenai masjid seribu selawat
 
laluan ke masjid
 
suasana di sekitar masjid
 
interior masjid 
 
Dihadapan masjid, ada orang berjualan air minuman
 
jualan hiasan dari ikan buntal
 
Dalam perjalanan balik, ada nampak batu bersurat, malas nak berenti. 
Singgah di Kota Belanda
 
Kota Belanda nun di sana, malas nak pi tengok

Sambung perjalanan menuju ke pekan Pangkor.

Kampung nelayan

Kampung Masjid
 
menghampiri pekan Pangkor

signage 'Selamat Datang' di pekan Pangkor
 
bangunan cantik
 
on the way balik
 
Singgah di kedai bebas cukai SP 

 teksi yang kami sewa

besar juga kedainya

coklat-coklat
 
Sambung perjalanan semula
 
simpang ke Pasir Bogak
 
Pantai Pasir Bogak nampak bersih, cantik view nya

pantai yang cantik

Pangkor Laut Island
 
Sampai bilik, semua keletihan. Berehat sambil makan kerepek ikan bilis mata biru.

sedap...lebih kurang rasa macam sate ikan..

Kakak pergi tapau nasi untuk makan tengahari, sedap kari ikan nya, fresh..

Sambung aktiviti di petang hari pula.