Assalamualaikum semua...salam Ramadan ke-6..
Sambung cerita Pangkor...hehe..on the way balik, singgah di tempat viral di Sungai Besar...Taman Tebu Aidil & Aidil Orked..lokasinya di Parit 3, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar..
Tempatnya di kawasan sawah padi. Di tepi parit ditanam pokok-pokok tebu hitam, berbaris-baris..cantiklah untuk OOTD...
sawah padi terbentang luas
Pergi hari Sabtu, ramai pengunjung, parking di tepi jalan..
tanam tebu ditepi bibir sawah
ada buskers kat pintu masuk
Luas kawasannya..riki-riki gerai yang ada, pelbagai jenis makanan - ada sushi, otak-otak, mi kari, soto, lontong, kepak ayam madu, nasi lemak, pisang goreng..buah-buahan..
gerai mi kari, laksa, soto mur-mur RM5.00 semangkuk
Punten - masakan orang Jawa
nasi bersantan dikepal, makan dengan sambal bilis
centralised cashier
Beli mi kari, otak-otak dan air tebu...kakak beli soto dan pisang goreng..
meja/kerusi dicelah-celah pokok tebu di tepi parit
menjamu selera - otak-otak, mi kari, air tebu dlm beg plastik tu bahulu gulung
santai-santai di kebun tebu
tak berlama-lama disini sebab dah nak malam, sambung perjalanan balik KL.
Overall, oklah Taman Tebu Aidil...santai-santai di tepi sawah & pokok tebu