Banyaknya kedai borong di Lorong Haji Taib. Jadi tumpuan peniaga-peniaga membuat belian barang jualan..
Lorong Haji Taib 5, jalan masuk utama ke kawasan Lorong Haji Taib
dari Jalan Raja Laut.
Disini terletaknya Plaza GM dan Plaza Haji Taib
dua gedung yang menempatkan pelbagai kedai borong
kebanyakan kedai borong di tingkat bawah rumah kedai 4-tingkat
Rata-rata kedai borong disini menjual beg, perhiasan wanita (costume jewellery), kerongsang, tuala, gadget, permainan kanak-kanak, jam tangan
permainan dan jam tangan kanak-kanak comel je, jam hello kitty
ada yang jual borong sahaja ada kedai yang jual 'loose item', yang boleh beli sikit-sikit
tertarik dengan kedai jam ni, banyak betul
bergantungan jam tangan, bertingkat-tingkat
Tapi jenama-jenama nya baru pertama kali dengar. Mungkin kawan-kawan pernah nampak jenama-jenama ni..
set jam tangan, rantai tangan dan rantai leher jenama 'IEKE', first time dengar
lawa, warna rose gold, sesuai untuk dijadikan hadiah
his & her watch, jenama Snille
Dah masuk dalam list kedai borong ni kalau nak cari hadiah atau cenderahati
juga untuk pakai sendiri, dah tanya, boleh beli 'loose' setakat 1-2 barang..yeayy..
jenama tak glemer, takpe, asalkan cantik mata memandang...ahaks..
ok, kita jalan lagi, lalu depan balai polis Chow Kit ni,
di bangunan rumah kedai 2-tingkat
neighbourhood police station
Menghampiri Jalan Sri Amar, dihujung kawasan Lorong Haji Taib, kebanyakannya kedai borong buah-buahan.
Kedai-kedai borong letaknya di Lorong Haji Taib 1 & 2 dan juga di Jalan Raja Laut. Memang meriah kalau hari cuti, ramai yang datang memborong/membeli.
Boleh cari idea kalau nak jual barang online/offline..