Thursday, 1 June 2023

Breakfast @ Serasa Garden, Taman Melawati

Assalamualaikum semua, port breakfast di Taman Melawati. Dua kali sarapan di sini. Pengaruh tik-tok..hehe..

Serasa Garden - kopitiam X ikan bakar di Jalan Bandar 11, Taman Melawati

pandangan belakang
 
besar restorannya, selesa & airy
 
di tingkat atas ada event hall
 
Pelbagai makanan dijual, Malay, Chinese & Western. Ada nasi kandar juga
 
beli nasi kandar, dapat air sirap harga seringgit
mula pukul 11.00 pagi
 
First time makan disini, order mee siam dan dim sum.

bihun ok rasanya, tapi sambal dia pedas giler
 
dim sum - enakk..
 
kali kedua datang, order roti goyang garlic cheese & teh O ais
 
sedap - sapuan garlic cheese homemade
harga RM12.90  
 
Harga semua : RM19.70, teh O ais harga RM5.00
ada servis charge 10%

makan di sini sambil stalk kedai nasi kandar ni, bilalah nak buka?

skodeng kedai nasi kandar
adakah saya akan pi beli nasi kandar?
dah banyak kali ke Taman Melawati, teringin nak beli nasi kandar ni 
 
overall, oklah makanan di sini, sedap, cuma harga sedikit overpriced, servis quite slow, tapi still bearable..

Wednesday, 31 May 2023

Lorong Haji Taib : Syurga Kedai Borong

Banyaknya kedai borong di Lorong Haji Taib. Jadi tumpuan peniaga-peniaga membuat belian barang jualan..

Lorong Haji Taib 5, jalan masuk utama ke kawasan Lorong Haji Taib 
dari Jalan Raja Laut. 
Disini terletaknya Plaza GM dan Plaza Haji Taib
dua gedung yang menempatkan pelbagai kedai borong 
 
Plaza Haji Taib
 
kebanyakan kedai borong di tingkat bawah rumah kedai 4-tingkat
 
Rata-rata kedai borong disini menjual beg, perhiasan wanita (costume jewellery), kerongsang, tuala, gadget, permainan kanak-kanak, jam tangan
 
permainan dan jam tangan kanak-kanak
comel je, jam hello kitty
 
kedai beg
 
ada yang jual borong sahaja
ada kedai yang jual 'loose item', yang boleh beli sikit-sikit
 
tertarik dengan kedai jam ni, banyak betul
 
bergantungan jam tangan, bertingkat-tingkat
 
Tapi jenama-jenama nya baru pertama kali dengar. Mungkin kawan-kawan pernah nampak jenama-jenama ni..
 
set jam tangan, rantai tangan dan rantai leher
jenama 'IEKE', first time dengar 
 
lawa, warna rose gold, sesuai untuk dijadikan hadiah
 
his & her watch, jenama Snille
 
jam comel, tali kain 
 
Dah masuk dalam list kedai borong ni kalau nak cari hadiah atau cenderahati
juga untuk pakai sendiri, dah tanya, boleh beli 'loose' setakat 1-2 barang..yeayy..
jenama tak glemer, takpe, asalkan cantik mata memandang...ahaks..
 
ok, kita jalan lagi, lalu depan balai polis Chow Kit ni, 
di bangunan rumah kedai 2-tingkat
 
neighbourhood police station
 
Menghampiri Jalan Sri Amar, dihujung kawasan Lorong Haji Taib, kebanyakannya kedai borong buah-buahan. 
 
keranjang buah-buahan
 

 
Kedai-kedai borong letaknya di Lorong Haji Taib 1 & 2 dan juga di Jalan Raja Laut. Memang meriah kalau hari cuti, ramai yang datang memborong/membeli. 
 
Boleh cari idea kalau nak jual barang online/offline..

Tuesday, 30 May 2023

Pak Jen Gulai Panas Langkawi

Gulai panas! gulai panas!...makan-makan di restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi, di Sunway Putra Mall, tapi tak makan gulai panas..hehe..

Restorannya luas, ada bahagian open-air juga..
 
hiasan dinding 
gambar-gambar di Langkawi zaman dulu-dulu in black & white
 
 
cuma order nasi goreng kampung
 
sedap juga, harga RM17, ada ayam
 
kali kedua ke sini, ambik set minum petang - set cucur sayur & teh tarik
 
cucurnya saiz kecik
harga RM9.90
 
order juga sagu gula melaka
 
kurenggg...santan baru keluar dari peti es, berketul-ketul
gula melaka sikit je, pelik lak rasanya sebab santan rasa tak best 
 
 
 Bolehlah, kalau nak makan masakan Melayu di Sunway Putra Mall
next time, kita try gulai panas pula..