Hari Isnin, cuti umum sempena birthday YD Agung, saya dan kakak pergi jalan-jalan cari makan di area USJ dan Subang Jaya. Kisah makan tosei di Empire Subang Gallery dah up haritu.
Kali ni entry makan nasi arab Lamb Shank di Restoran Chef Ammar. Edisi sesekali teringin. Viral kisah Chef Ammar semasa berjualan di bazar Ramadan, sejak dari tahun lepas buat rasa teringin nak makan lamb shank dia yang femes tu, sedap ke? orang sanggup beratur panjang nak beli..
Jom kita review..
Restoran Chef Ammar di USJ 4
ini kedai utama, ada satu lagi selang beberapa buah kedai
Express Souk Cafe, jual shawarma kebab ada tempat makan kat dalam
kawan ofis cakap ni kedai dia masa mula berniaga
business berkembang, buka kedai yang lebih besar
tudia..king of lamb shank
Tengok atas meja ada muka Chef Ammar, rupa-rupanya buku menu
muka surat pertama gambar Dome of the Rock di Masjid Al-Aqsa complex
OK, order specialty dish - Dom Oven Lamb Shank dan Fatush Salad. Dom Oven Lamb Shank tu ada nasi arab, mula-mula pilih nasi maqlubah tapi belum siap. Kita pilih nasi kabsah. Air teh O ais limau.
Dom Oven Lamb Shank...pot ditutup dengan roti roti tu boleh dimakan juga
Harga RM75 untuk sorang makan je...hihi.. order extra nasi kabsah
Memang sedap nasinya dan lamb shank, terbaik...patutlah ramai yang beli.
Terbaik...masak dari hati, masak dengan iman
Recommended..dah rasa oklah...maybe lepas ni try lauk ayam pula..