Sunday, 8 March 2020

Pulut Tai-Tai

Selamat berhujung minggu...

Dah pukul 2.00 petang...apakah juadah untuk minum petang?..hehe..baru je makan tengahari, dah fikir minum petang pulak...huhu..

Apakata try pulut tai-tai...sejenis kuih nyonya. Nama lainnya ialah pulut tekan, ada juga yang panggil pulut nyonya.

Selama ni tak pernah tahu pun kuih ni. Kuih nyonya yang saya suka ialah talam cendol dan kuih angku. Masa pergi Terengganu haritu, ada artikel tentang kuih ni dalam inflight magazine AirAsia...menarik..
 
'Tai-tai' maksudnya 'lady of leisure', merujuk kepada gologan wanita kelas atasan, yang selalu gather-gather di kelab, restoran, social event, private houses..

Bila dah tahu, haruslah bermula pencarian kuih pulut tai-tai...pertamanya jumpa di Nyonya Colors di Mytown Shopping Centre. Alhamdulillah, tinggal satu je..

pembeli terakhir pulut tai-tai

 pulut tai-tai dimakan dengan sekaya..sedappp..
harga RM1.45 sebiji

Kali kedua jumpa di Bungkus Kaw-Kaw di Sogo Jalan TAR

harga RM3.50

yang ni kaler lagi menarik
biru putih, biru dari bunga telang
bunga yang sama utk masak nasi kerabu

Kuih ni memang dimakan dengan sekaya, surprisingly sedap. Rasa macam kuih seri muka. Dah termasuk dalam list feveret kuih-muih tradisional..

Recommended, silalah cuba..

24 comments:

  1. oh saya tak pernah makan lagi ni. huhu

    ReplyDelete
  2. Wah.. unik bentuk dan namanya..

    ReplyDelete
  3. Ni pertama kali akak dgr nama kuih ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama kak..jarang beli kuih nyonya...

      Delete
  4. Dah tahu nama dan rasa. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. lady of leisure tu wanita atasan mcm bini pramlee kak pah madu tiga sukak main mahjong.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Macam tak pernah jumpa/rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..kalau jumpa, harus cuba..

      Delete
  7. kenapalah ammi tertengok cerita pasal pulut dipagi hari ni??? lama lagi nak berbuka hahah

    ReplyDelete
  8. nampak pun dah sedap. terliur tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..pulut makan dgn sekaya..ala2 seri muka..

      Delete
  9. 1st time tau nih..hehe
    Kalau macam kuih seri muka, mmg sedaplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila makan dgn sekaya tu, rasa mcm seri muka...recommended..

      Delete
  10. Mmg nyonya-nyonya kelas atasan je boleh makan kuih ni... tengok je regenya tu. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. regenya mmg high sikit, tapi nak rasa, nak feeling2 tai-tai..redho je lah..hehi..

      Delete
  11. Tak pernah cuba lagi color menarik

    ReplyDelete
  12. Boleh try ni. Rupa paras pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended...rupa cantik, rasa sedap..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!