Thursday, 22 June 2023

Majlis Makan Malam RISM kali ke-62

Hari Sabtu, 17 Jun 2023, ada majlis makan malam Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) di Berjaya Times Square Hotel.

 Venue di Manhattan II, Level 14, West Tower

Manhattan II Ballroom
 
Presiden RISM tengah berucap
 
 Dinner seperti biasa Chinese course, makan lauk-pauk dulu
last baru makan nasi sebelum dessert
 
ikan siakap sweet sour
 
ayam goreng
 
popia kot, tak ingat
  
entertainment dari group tahun lepas juga
Datuk Mokhzani quartet
 
ada penyampaian diploma kpg pelajar

penyerahan rantai yang dipakai oleh Presiden RISM
dari presiden sesi lepas kepada presiden baru 
 
Ada acara cabutan bertuah tapi biasalah teman selalu tak dapat...
10 hadiah sahaja.. 
 
Entertainment akhir oleh Farhan AF...

Wednesday, 21 June 2023

Muncul pula haiwan ni...

 Masa tengah driving di DUKE, tetiba nampak ada haiwan kecil di cermin kereta..

suspens betul, nak kata cicak, takde rupa cicak

 ke species cicak yang tak pernah jumpa

ada corak-corak di badannya 
(sambil drive, sambil jeling-jeling, sambil snap)
 
menjeling-menjeling..ku menjeling..
geli geleman juga..

adoii..dia buat akrobatik pulak

 apalah nasib binatang ni, ku tak tahu, tetiba hilang je

sib baik bukan ular macam dalam video yg viral tu..ahaks!

Tuesday, 20 June 2023

Sate Padang @ Takana Juo

Haritu tengok tik-fok, depa makan sate padang di Kampung Baru. Sebelum tu, baca entry Ujie makan sate padang di Medan. teringin pulak..so kita pun riki-riki kat google map. Rupanya banyak kedai jual sate padang di kawasan Kampung Baru.

Pilih yang dekat pasar Chow Kit, di Jalan Raja Alang. Nama gerainya Takana Juo.  Popular nama Takana Juo ni..Sate padang juga dikenali dengan nama Sate Minang.

Berjualan guna gerobak kayu
 
hari biasa ada sate daging, ayam dan perut
weekend ada tambahan sate kambing
 
 tokey tengah bakar sate

sate! sate!
 
 Order 10 cucuk sate campur, 3 perut, 4 ayam, 3 daging dan 1 nasi impit. Sate perut jenis perut tembusu, bukan perut yang putih macam tuala (babat)
Boleh pilih nak kuah padang atau kuah kacang, boleh campur juga
 
dah nak makan sate padang, kenalah pilih kuahnya yang asli
sate padang asli, dibubuh bawang goreng atasnya
 
kuahnya diperbuat daripada tepung, ada rasa pedas
boleh tahan juga pedasnya
saiz dagingnya sedang-sedang saja
 
oklah rasanya
 
Harga semua RM11.00, maknanya RM1.00 satu cucuk, nasi impit RM1.00
 
nanti kita try sate padang di kedai yang lain pula, InsyaaAllah