Tuesday, 18 July 2023

Minum-minuman

Koleksi minuman yang pernah dibeli dan ada yang masih belum habis lagi.

Mesh stick tea

Masa pergi Bangsar Shopping Complex, ternampak stick tea ni. Produk dari Turkiye. Pertama kali tahu mengenai teh ni bila baca entry di blog Ujie. Pernah nampak dijual di outlet Bhosporus di Sogo supermarket.

pilih perisa wildberry
harga RM17.30, ada 16 peket

dijual di outlet Bhosporus di Sogo
RM5.00 untuk satu stick
 
ada lubang-lubang kecil
so boleh terus dicelup dalam air
 
rasanya more to rasa berry
hilang rasa teh, lebih rasa masam berry
masih ada berbaki sampai sekarang
 
 
Caffe Latte by Starbuck
 

harga RM15.10, ada 4 peket 
starbuck bancuh sendiri, yang ni cepat je habis
 
 
Organic Green Tea with Manuka Honey
 
terpikat dengan design kotaknya yang cantik
beli di 7-E, ada 20 peket, masih banyak lagi..huhu..
 
Susu kacang Hevisure Gold
 
asyik lalu lalang di facebook, jom kita beli
beli di shopee, produk untuk pesakit diabetes
ada 5 jenis kacang - sacha inci, methi, badam, walnut dan mix nuts
 
Susu Omega plus
 
katanya baik untuk rendahkan kolestrol
 
tapi susu ni memang bercintalah nak minum, susu Hevisure tu pun sama
sampai sekarang tak habis-habis lagi  
 
Semoga ada kekuatan untuk menghabiskan minuman-minuman ini semua..hehe..
yang sedap sekejap je habis, yang kureng, bercinta nak habiskan
dah bagi ke kawan-kawan ofis juga, bagi mereka rasa..

Sunday, 16 July 2023

The KO.PI @ Sky Awani

Salam hari minggu..

Petang semalam ada urusan di Block B, Sky Awani Residences di Sentul. Janji dengan kawan pukul 6 petang. Tersampai awal pula, nampak ada cafe di sebelah lobi, so kita gi ngopi dulu..nama cafe ni The KO.PI.

Nampak menarik, jom masuk
 
ada juga seat diluar
tapi kena order di kaunter di dalam
 
yang ditengah-tengah tu ada koleksi novel tempatan, boleh lepak-lepak baca novel di sini, diantaranya karya Ramlee Awang Murshid, Sara Aisha, Zura Rahman
 
Yang diorder sudah sampai
 
Iced cappucino dan kacang pool
 
sedap kacang poolnya...rotinya pun sedap..memang awesome
boleh repeat nih..
 
total lost
biasalah harga cafe hipster
 
Menu lain yang ada disini ialah pasta, nasi lemak, set nasi gulai asam pedas..
ada set makan tengahari juga
 
Boleh cuba kalau ke Sky Awani @ Sentul

Thursday, 13 July 2023

Drama Korea : Under the Queen's Umbrella

 Drama traditional (sageuk) Korea yang best
terbaik tahun 2022 

suka tengok Queen yang scheming tapi tak jahat
lawan mak mertua yang jahat lagi kejam dan perangai gundik² dengan cara tersendiri - classy, rationale & warm

menonton di Netflix
 
*spoiler alert*
 
Drama mengisahkan Queen yang sentiasa sibuk mengurus hal 5 orang anaknya (Crown Prince dan Grand Princes) dan juga hal ehwal 'harem' (perihal gundik²) serta komplot mak mertua (Queen Dowager), Chief Councillor (bapa mertua King) dan First Consort (anak Chief Councillor). 
 
Di awal drama lagi kita dah dapat lihat Queen berlari kesana kemari mengurus hal Grand Princes. Memang takdelah berjalan lemah-gemalai, sentiasa laju je. Bila Queen berhenti mengejut, habis tunggang-langgang entourage dayang² di belakang..hehe..Yang selalu mengata Queen ialah Prince UiSung, anak First Consort, sampai kena belasah dengan Grand Prince Sungnam.
 
Grand Prince
 
Semua Grand Prince tak minat belajar dan selalu ponteng kelas. Mereka tak minat hal-hal berkaitan istana dan takhta. Grand Prince Sungnam suka aktiviti outdoor - menunggang kuda, memanah sebab masa kecik dia tinggal di luar istana (atas arahan Queen Dowager). Dia tak terikat dengan peraturan istana.
 
Grand Prince Muan pula gatal nak kahwin, ada girlfriend di luar istana. Grand Prince Ilyoung ada split identity, suka bersolek dan pakai baju perempuan. Yang bongsu, Grand Prince Gyesung suka astronomi, cipta macam² alat dan mencuba sendiri peralatan yang dia cipta. Berdiri atas bumbung istana, nak terjun guna alat terbang ciptaan dia.
 
Pening Queen melayan hal² Grand Prince dan berusaha keras sembunyikan segala kelemahan Grand Prince daripada pengetahuan Queen Dowager. Sebabnya Queen Dowager tak suka Queen dan Grand Princes. Dia mulanya nak First Consort jadi queen dan Prince UiSung jadi Crown Prince.

Queen dan Crown Prince

Backstory drama ni berkisar pada peristiwa yang berlaku 13 tahun yang lalu. Komplot Queen Dowager dan Chief Councillor berjaya menjatuhkan Queen Yoon dan Crown Prince Taein dan menaikkan anak Queen Dowager menjadi raja (King sekarang). Queen Dowager hanyalah seorang gundik ketika itu tapi anak dia pulak dilantik jadi King. Begitu hebatnya komplot Queen Dowager dan Chief Councillor.
 
Queen Yoon kena keluar istana dan tinggal di pondok. Crown Prince Taein dan 3 orang lagi anak Queen Yoon mati dibunuh. Yang hidup cuma anak Queen Yoon yang bongsu bernama Prince Ik-Hyeon. 
 
Queen Yoon berkomplot dengan seorang doktor diraja dengan menukar anak doktor tersebut dengan Prince Ik-Hyeon. Prince Ik-hyeon berjaya jadi doktor di istana. Dia dalam diam membuat onar di istana - ada skandal dengan First Consort dan menyebabkan Crown Prince jatuh sakit.

Gundik-gundik temani anak-anak mereka belajar

Apabila Crown Prince sakit teruk dan meninggal dunia, bermulalah pencarian Crown Prince yang baru. Nak pilih terus daripada Grand Princes, takde seorang pun yang layak sebab selalu ponteng kelas lagipun mereka tak berminat memegang jawatan. King anjurkan satu pertandingan di kalangan putera² beliau untuk cari Crown Prince. 
 
Queen berjaya membakar semangat Grand Princes supaya masuk bertanding. Semua gundik  berusaha keras supaya putera mereka terpilih jadi Crown Prince. Queen Dowager, Chief Counsillor dan First Consort yang paling daring sampai nak bunuh-membunuh. Queen rileks je..
 
Tapi best lah Queen tak panik, berjaya control gundik² dan sembunyi banyak perkara yang berlaku di istana daripada pengetahuan Queen Dowager. Geram je tengok Queen Dowager ni, semua perkara dia nak ada kuasa. Bila dah ada Crown Prince, dia pula sibuk nak pilih Crown Princess dari kalangan sekutu-sekutu dia..haihh..

Best plot drama ni dan pace ok, tak slow...recommended for viewing..