Thursday 13 July 2023

Drama Korea : Under the Queen's Umbrella

 Drama traditional (sageuk) Korea yang best
terbaik tahun 2022 

suka tengok Queen yang scheming tapi tak jahat
lawan mak mertua yang jahat lagi kejam dan perangai gundik² dengan cara tersendiri - classy, rationale & warm

menonton di Netflix
 
*spoiler alert*
 
Drama mengisahkan Queen yang sentiasa sibuk mengurus hal 5 orang anaknya (Crown Prince dan Grand Princes) dan juga hal ehwal 'harem' (perihal gundik²) serta komplot mak mertua (Queen Dowager), Chief Councillor (bapa mertua King) dan First Consort (anak Chief Councillor). 
 
Di awal drama lagi kita dah dapat lihat Queen berlari kesana kemari mengurus hal Grand Princes. Memang takdelah berjalan lemah-gemalai, sentiasa laju je. Bila Queen berhenti mengejut, habis tunggang-langgang entourage dayang² di belakang..hehe..Yang selalu mengata Queen ialah Prince UiSung, anak First Consort, sampai kena belasah dengan Grand Prince Sungnam.
 
Grand Prince
 
Semua Grand Prince tak minat belajar dan selalu ponteng kelas. Mereka tak minat hal-hal berkaitan istana dan takhta. Grand Prince Sungnam suka aktiviti outdoor - menunggang kuda, memanah sebab masa kecik dia tinggal di luar istana (atas arahan Queen Dowager). Dia tak terikat dengan peraturan istana.
 
Grand Prince Muan pula gatal nak kahwin, ada girlfriend di luar istana. Grand Prince Ilyoung ada split identity, suka bersolek dan pakai baju perempuan. Yang bongsu, Grand Prince Gyesung suka astronomi, cipta macam² alat dan mencuba sendiri peralatan yang dia cipta. Berdiri atas bumbung istana, nak terjun guna alat terbang ciptaan dia.
 
Pening Queen melayan hal² Grand Prince dan berusaha keras sembunyikan segala kelemahan Grand Prince daripada pengetahuan Queen Dowager. Sebabnya Queen Dowager tak suka Queen dan Grand Princes. Dia mulanya nak First Consort jadi queen dan Prince UiSung jadi Crown Prince.

Queen dan Crown Prince

Backstory drama ni berkisar pada peristiwa yang berlaku 13 tahun yang lalu. Komplot Queen Dowager dan Chief Councillor berjaya menjatuhkan Queen Yoon dan Crown Prince Taein dan menaikkan anak Queen Dowager menjadi raja (King sekarang). Queen Dowager hanyalah seorang gundik ketika itu tapi anak dia pulak dilantik jadi King. Begitu hebatnya komplot Queen Dowager dan Chief Councillor.
 
Queen Yoon kena keluar istana dan tinggal di pondok. Crown Prince Taein dan 3 orang lagi anak Queen Yoon mati dibunuh. Yang hidup cuma anak Queen Yoon yang bongsu bernama Prince Ik-Hyeon. 
 
Queen Yoon berkomplot dengan seorang doktor diraja dengan menukar anak doktor tersebut dengan Prince Ik-Hyeon. Prince Ik-hyeon berjaya jadi doktor di istana. Dia dalam diam membuat onar di istana - ada skandal dengan First Consort dan menyebabkan Crown Prince jatuh sakit.

Gundik-gundik temani anak-anak mereka belajar

Apabila Crown Prince sakit teruk dan meninggal dunia, bermulalah pencarian Crown Prince yang baru. Nak pilih terus daripada Grand Princes, takde seorang pun yang layak sebab selalu ponteng kelas lagipun mereka tak berminat memegang jawatan. King anjurkan satu pertandingan di kalangan putera² beliau untuk cari Crown Prince. 
 
Queen berjaya membakar semangat Grand Princes supaya masuk bertanding. Semua gundik  berusaha keras supaya putera mereka terpilih jadi Crown Prince. Queen Dowager, Chief Counsillor dan First Consort yang paling daring sampai nak bunuh-membunuh. Queen rileks je..
 
Tapi best lah Queen tak panik, berjaya control gundik² dan sembunyi banyak perkara yang berlaku di istana daripada pengetahuan Queen Dowager. Geram je tengok Queen Dowager ni, semua perkara dia nak ada kuasa. Bila dah ada Crown Prince, dia pula sibuk nak pilih Crown Princess dari kalangan sekutu-sekutu dia..haihh..

Best plot drama ni dan pace ok, tak slow...recommended for viewing..

30 comments:

  1. leh tgk jga nanti, rinduu nk layan cerita korea. dah 2 minggu buzy hz hee x dpt duk dpn tv

    ReplyDelete
  2. Haaa.. nak kena tengok jugak ni.. berderet dalam list.

    ReplyDelete
  3. Citer ni best giler...dalam family diraja pun ada politik...raja banyak gundik dan anak2 dari gundik pun layak jadi raja muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. politik istana, ramai yg nak kuasa...anak2 King & Queen je yg tak minat, jadi org biasa lg bebas..

      Delete
  4. In Shaa Allah, jika ada masa free nak tengok la drama ni sbb review mcm best je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best drama ni AK...recommended for viewing..

      Delete
  5. menarik kisah anak2 raja ni best tonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg best perlawanan senyap diantara Queen dan mak mertua dia yg jahat...kita rasa berdebar je...hehe..

      Delete
  6. hhahahaha best part Queen ngan dayang dia tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah...dayang yg jadi confidant Queen...ingatkan dia spy Queen Dowager...haha...

      Delete
  7. Bila baca ada spoiler alert... terus stop... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je uncle, takde lah cerita semua...

      Delete
  8. Macam menarik! Lama tak tengok Korea..

    ReplyDelete
  9. byk masuk dlm list. nk tgk entah bila daaa. haha asyik tak ada masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..byk sgt drama best..tak sempat nak tengok semua..

      Delete
  10. Bolehlah masuk list nak tonton drama Korea ni apabila ada masa nanti. Macam menarik pula kisahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best drama ni...recommended for viewing..

      Delete
  11. diorang kalau buat drama berkisah cerita zaman dahulu korea.. best jer kan.. bersih jer dan penuh sopan santun baik org jahat nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. plot drama yg menarik, pace pun ok...org jahat sangatlah jahat..tapi Queen masih lg melayan dgn baik..

      Delete
  12. Suami saya dah nonton serial nih, dan dia sibuk paksa supaya saya tonton juga 🤣🤣. Sebenarnya sudah saya masukkan dalam list to be watched kak. Tapi belum ada waktu aja untuk nonton. Suami dan gerenti katanya saya pasti suka serial ini 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menonton ya..memang best drama ni...gerenti fanny jg suka...enjoy!!

      Delete
  13. Oh, boleh tengok nanti, cerita ni. :)

    ReplyDelete
  14. belum pernah tengok yang judul ni, tapi kalau model kerajaan mbul taunya yang dong yi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..dong yi..ada juga menonton drama tu....

      Delete
  15. Aduh.. Baca review sis macam best pula drama ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best...mcm2 rasa..serius, kelakar, suspens, geram...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!