Tuesday, 15 August 2023

Nasi Kandar Paling Sedap di KL

Hola, bersua kembali...cerita makan-makan lagi..makan Nasi Kandar Sithique..

Ada youtuber claim yang nasi kandar di restoran ni yang paling best di KL..katanya rasa nasi kandar Sithique ni hampir sama dengan nasi kandar di Penang..jom kita survey..

Lokasi lama Restoran Sithique

Bila restoran ni pindah dari bangunan panggung wayang Odeon ke sebelah pejabat pos Medan Tuanku, barulah berkesempatan jejak restoran ni. Semasa beroperasi di tempat lama, tak pernah pergi..nampak macam sempit je..

kena beratur ni perkara biasa di restoran nasi kandar
 
goreng-goreng pun ada
 

Jomlah kita cuba nasi kandar tersedap di KL ni..saya ulang 'nasi kandar tersedap'..hihi..

kawasan restoran lebih luas & selesa
 
Beli bungkus, lauk ayam goreng, sayur kobis, peria goreng, telur masin

harga RM12.50
 
the verdict: memang sedap
 
di hari lain pula, beli mee rojak
 
bahagian goreng-goreng
 
sedap..kuahnya ada letak lada hitam,  pedas-pedas sikit
 

Ada tiga buah restoran nasi kandar di Jalan TAR..Mohd Yaseem, Kudu dan Sithique..tak lama lagi Saddam pula..competition is healthy...customer happy..

Wednesday, 9 August 2023

WW # 27 : Beg² hadiah dari blogger Ujie

Salam semua

Alhamdulillah, memanfaatkan beg-beg pemberian daripada blogger Ujie Othman

hadiah Top Commentator di blog Titian Perjalanan

 
dua-dua beg ni digunakan untuk isi telekung, ganti-ganti
 untuk kegunaan di pejabat 

Alhamdulillah..

Tuesday, 8 August 2023

Port makan² di Jalan Kopi @ Meru, Klang

Salam semua..bertemu kembali..

Al-kisah haritu buat entry Port Breakfast di Meru, kedai makan ditepi Persiaran Hamzah Alang..kali ni kita merayau dalam kampung pula, cari port makan-makan di Jalan Kopi, off Persiaran Hamzah Alang..

Restoran Coffeeman  

Untuk breakfast, singgah di restoran ni. Masa ni dah pukul 10.30 pagi..

kawasan luas, tempat parking banyak
 
banyak menu nya
 
lauk pauk untuk nasi lemak
 
Nasi lemak je yang ada, so kita makan nasi lemak
 
sedap juga
 
suasana dalam kedai
 
Menurut peniaga di sini, waktu petang hingga ke malam, depa jual western foods dan masakan panas (goreng-goreng), ada roti nan juga..
 
Kambing Bakar Pak Yob
 
Dah selesai kerja, datang semula ke Jalan Kopi, kita cari makan tengahari pula..ternampak kedai kambing bakar Pak Yob..feveret ni, jom singgah..
 
ada kopi hipster juga...Kopi Goyang namanya..
janganlah lepas makan kambing, kepala bergoyang
 
menu hari ni..kok menu nya dari seberang pak!
 
Since signature dish dia kambing bakar, so kita orderlah kambing bakar
 
ingatkan set kambing bakar ni ada kentang putar dan salad (western style)
rupanya makan dengan nasi
 
Alhamdulillah, nasi pun ok...hehe...order sirap es..
pedas betul sos lada hitam kambing tu..portion besar juga..
 
Lepas makan, teringin pula nak rasa Kopi Goyang, jom tapau
 
4 perisa kopi
 
kopi rasa vanila
 
di sebelah ada kedai jual produk frozen
 
ada kedai jual daging segar

Banyak juga kedai-kedai makan di sepanjang Jalan Kopi, belum explore sepenuhnya..ada yang buka untuk sarapan saja, ada yang buka waktu petang ke malam..

InshaaAllah, lain kali kita explore di jalan-jalan lain di Kampung Bukit Kapar ni..