Monday, 6 November 2023

Turkiye 2023 | Gerome town centre & Dinner di Wooden Spoon Restaurant

Merhaba dari Gerome, Cappadocia, Turkiye..

Cappadocia is a must visit place in Turkiye. Terkenal dengan landskap mukabuminya daripada batu berbentung lonjong dipanggil “fairy chimneys,” tall, cone-shaped rock formations..seperti dalam cerita kartun 'the Flinstones'...

Banyak town di sekitar Cappadocia seperti Uchisar, Gerome, Nevsehir, Urgup, Avanos..tapi Gerome yang paling popular..

Jom ronda-ronda town centre Gerome menjelang malam...banyak restoran, cafe dan kedai souvenirs..

travel agent depan hotel
semua travel agent disini offer aktiviti yang sama
 
 
berlatar belakang fairy chimnies 
 
pemandangan biasa di Gerome
 
macam muka orang pun ada
dulunya Rome Castle
 
sejarah Rome Castle
 
 
restoran-restoran
 
Jalan besar
 
 
restoran diseberang jalan besar - ada restoran korea, cina
 
restoran dalam gua
 
 
Gerome town centre
 
Masjid Gerome di tengah town
 
dah meronda sampai ke jalan besar, jomlah balik ke hotel
nak mamam..
 
kedai carpet yang popular - Ikhman Carpet
 
kedai souvenirs

kereta untuk aktiviti 'classic car tour'
 
restoran berhampiran hotel
 
Dah sampai hotel, naik tangga ke lorong belakang untuk snap view waktu malam
 
view depan hotel
 
Di lorong belakang, ada dua restoran popular (mengikut review di google)..Top Deck Cave Restoran dan Wooden Spoon Restaurant...tak tahu nak pilih yang mana satu untuk dinner..

 Wooden Spoon

atau

Top Deck Cave
 
OKlah, kita pilih Wooden Spoon Restaurant sebab owner dia tegur kami. 
Jom masuk, restorannya dibawah tanah, dalam gua batu..masuk jumpa dapur dulu..
 
bahagian dapur
 
Ada dua pilihan tempat duduk..
nak bersila atas lantai atau duduk atas kerusi
 
 bahagian bersila atas lantai
 
classic lighting 
 
mula-mula tak ramai customer
 
tetiba penuh - datang sekumpulan orang Korea
semua yang datang makan ialah pelancong asing

Yang best restoran ni, dia tak jual minuman keras
Yang tak bestnya - pekerja cuma 2 orang, owner dengan tukang masak
owner yang ambik order, bila dah ramai customer 
dia pun tolong masak sama, dahlah lupa apa yang kita order
memang lambat servis nya..sabo je lahh..
 
 chicken pide - sedappp
dibakar dalam oven gua batu

Menu kedua - testi kebab, signature dish di Cappadocia
Nama lainnya ialah 'pottery kebab'. kami order lamb testi kebab.

daging kebab dimasak dalam pot seramik

lamb kebab dimakan dengan nasi pilav
sedap giler..masakan dia ada rasa

Disebabkan tunggu sutlac (rice pudding) dan teh Turki tak sampai-sampai, nak panggii, owner tu pun sibuk dekat dapur. Kita pun cancel, dia ok je. Bila keluar, tengok ramai orang tengah beratur nak masuk restoran. Patutlah ramai pelanggan, sedap masakan dia..tapi kena sabar menunggu ya..

Total damage untuk dua menu tu 640 TL = RM108..huhu..jadilah buat ghaso-ghaso. Sebenarnya dah masak nasi kat bilik. Kami ada bawa mini rice-cooker, bawa beras dan sambal² dari Malaysia. Balik hotel, sambung makan nasi pula..haha..

puas hati makan nasi panas


Anak saudara tak nak join makan, dia pergi jalan-jalan di town centre..makan rice pudding di sana..

Sutlac - rice pudding

 
Rice pudding di Istanbul, boleh dapat harga 40TL je. Di cafe ni harga 104TL, di Wooden Spoon tadi, 100TL. Rice pudding (sutlac) salah satu menu yang kena cuba di Turkiye..

End of Day 3 di Turkiye and first day di Cappadocia..

Saturday, 4 November 2023

Turkiye 2023 | Fly to Gerome, Cappadocia

Merhaba...hari ke-3 di Turkiye..

Rabu, 11 Oktober 2023

Hari ni kami akan terbang ke Kayseri Airport enroute to Gerome, Cappadocia. Beli tiket Pegasus Airlines dan akan berlepas dari airport kedua Turkiye iaitu Sabiha Gokcen Airport (SAW) yang terletak di Istanbul Asia.

Selepas check-out hotel, menyeberang jalan menuju ke Istanbul Gar Sirkeci untuk ambil keretapi commuter Marmaray Line.

Istanbul Gar Sirkeci station
 
Dari stesen Sirkeci, turun di stesen Ayrilik Cesmesi, kemudian ambil metro M4 ke Sabiha Gokcen Airport. Lama gak nak sampai airport, stesen terakhir..
 
Route to Sabiha Gokcen Airport
Istanbul Gar Sirkeci station - Ayrilik Cesmesi station- Sabiha Gokcen Airport 
 
dalam stesen Sirkeci
 
Marmaray Line ni melintasi Selat Bosphorus dibawah dasar laut menuju ke stesen Uskudar di belah Istanbul Asia. Stesen Ayrilik Cesmesi ialah stesen kedua selepas Uskudar.
 
di stesen Metro Ayrilik Cesmesi
 
 dalam Metro M4
 
 Alhamdulillah, dah sampai di Sabiha Gokcen Airport
 
 Sabiha Gokcen Airport
 
Semasa beratur untuk check-in, ada pula seorang perempuan muda Turki bawa anjing. Mak dia bertudung, orang Islam le kot..tak faham teman..dah le anjing dia tak duduk diam..kita pula kena mengelak je.. 


di kaunter check-in pula, disebelah kami, ada satu keluarga Yahudi Ortodox tengah check-in. Entah apa masalahnya, lama lak depa kat situ. 

preparing to fly

Flight delay for 20 minutes. Dari 20 minit jadi sejam lebih. Tetiba ada seorang staff Pegasus datang dekat kami bertanya samada boleh tak tukar flight ke malam. Kalau setuju, Pegasus nak bagi free tiket ke local destinasi di Turki sebabnya flight ke Kayseri pukul 11.40pagi dah overbooked seramai 10 orang..huhu..

Flight supposed berlepas pukul 11.40 pagi. Tapi dekat nak pukul 1.00 petang baru terbang. Alhamdulillah, selamat mendarat di Kayseri Airport..flight 1.5 jam..
 
 berkerumun nak ambik beg di Kayseri Airport

Kayseri Airport
 
Dari Kayseri Airport, ambik servis airport transfer dengan syarikat Helios untuk ke hotel di Gerome. Harga semua 60 euro untuk pergi-balik untuk tiga orang, lebih kurang RM100 seorang. Booking online..
 
Keluar je dari airport, dah nampak nama kat atas kertas, dah ada orang Helios tunggu. Ramai juga yang guna servis airport transfer dari syarikat ni.
 
perjalanan ke Gerome, view tanah gersang
jauh juga Kayseri dengan Gerome
perjalanan lebih kurang 50 minit

Kami booked The Dorm Cave Hotel by Traveller.  
Ada bilik hotel dan juga hostel (dorm). Dekat juga dengan town centre.

The Dorm Cave Hotel by Traveller
 
entrance ke bangunan hotel. Ada 2 bahagian, kanan dan kiri
Masuk kanan untuk ke reception 

tangga ke lorong belakang
ada 2 restoran yang popular di Gerome di belakang
 
yang pintu depan bangku tu ialah reception
 
entrance ke belah kiri
yang sana tu entrance ke belah kanan

Booked hotel ni melalui Agoda tapi payment bayar di hotel. Booking satu large room untuk dua malam, total rate RM772. Untuk anak saudara, booked satu katil di dorm, total rate RM230..

pintu bawah belah kanan untuk ke hostel (dorm)
 
dorm dalam gua
 
Ke bilik hotel pula di sebelah kiri.
 
tangga ke bilik kami
 
large room 
 
Jom lihat-lihat kawasan depan pula. View memang tak menarik sebab kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. Nak tambah bilik hotel dan simen kawasan parking.
 
pembinaan sedang berjalan

jalan masuk ke hotel

Overall, oklah hotel ni, puas hati. Location just nice, within walking distance from town centre, tak sesak..restoran belakang hotel je..