Wednesday, 8 November 2023

Turkiye 2023 | Sarapan Pagi ala cottage Turki

Pagi Khamis 12 Oktober 2023

Selepas melayan view hot-air balloon, kami pun bergerak ke bangunan sebelah untuk sarapan. Ada dua pilihan, nak makan dalam bangunan atau outdoor tapi makanan semua dihidang di dalam bangunan. Disebabkan cuaca sedikit sejuk, kita makan kat dalam saja.

tempat sarapan kena naik tangga ni
ruangan tertutup belah kiri, yang outdoor belah kanan
 
view hotel belah sana di waktu pagi
 
ruang makan..ala-ala rumah cottage
ada pulak botol-botol arak kosong dijadikan hiasan..sakit hati je tgk. .
 
Breakfast spread seperti biasa Turkish style..
 
 


Alhamdulillah, rezeki...tak tau mana yang sedap..trial n error...

Salad kentang dia sedap..timun mesti ada
 
Anak saudara makan nasi putih
ada lebih dari dinner semalam
 
Pagi ni kami nak pi Avanos, pekan kecil di utara Gerome. Pekan yang terkenal dengan aktiviti pembuatan pasu seramik. Nak ambik bas mini di jalan besar. 
 
Jalan ikut lorong belakang ke town centre.
 
comel jer meow-meow 
 
skuter yang cute dibawah pokok anggur
 
geram je tengok pokok pear ni
berbuah lebat
 
Ronda-ronda depan bus station, jumpa landmark Gerome
 
The Monument to the Heroes of the Fatherland in the city of Göreme
 The memorial contains the names of the 15 July and Çanakkale martyrs
 
Gerome town centre
 
Masih ada belon yang belum turun
 
 
tunggu di bus stop ni, depan stesen bas express
tak lama kemudian, bas pun sampai

View on the way to Avanos
 
keluar dari Gerome
 
 
 

 
Avanos terletak 10km ke utara Gerome. Tambang bas 30TL. Dari Gerome melalui pekan Cavusin, perjalanan cuma 30 minit sahaja. Perhentian terakhir bas ialah di old town Avanos yang menempatkan ramai tukang-tukang pasu seramik.

Next entry : Dunia pasu seramik di Avanos

Tuesday, 7 November 2023

Turkiye 2023 |..dan belon² pun berterbangan...

Merhaba...kisah di pagi Khamis, 12 Oktober 2023 di Gerome...

Sedang gosok baju dalam bilik hotel, terdengar bunyi pam udara begitu kuat di luar...cakap dengan kakak, macam bunyi pam belon udara panas je. kami pun buka pintu bilik...tadaa...

Teruja tengok sebiji belon udara panas 
terbang begitu dekat dengan hotel
 
up, up & away
 
higher and higher
 
 
leka tengok belon-belon berterbangan
 
mengintai dari pintu kamar
 
dapat tengok view macam ni pun dah happy
 


 batu berkilat disimbah cahaya matahari
 
sebiji lagi menghampiri hotel

masih bertahan

sayup sebiji belon

Alhamdulillah, aktiviti belon udara panas dapat diadakan sebab cuaca yang sangat baik pagi ni...syukur..dapat melihat view yang hanya terdapat di Cappadocia..hot air balloon di atas fairy chimnies..
 
Di Cappadocia, kami tak ambil apa-apa pakej lawatan atau aktiviti outdoor. Buat aktiviti sendiri-sendiri. Ada banyak travel agent disini yang offer aktiviti lebih kurang sama - hot air balloon, lawatan red & green tour, jeep, atv, berkuda,  Sedia duit jer. 

Anak saudara je ambik pakej menunggang kuda dengan ejen depan hotel, harga 30 euro. Layan sunset di Love Valley..
 
di Love Valley


Mak-mak saudara ni tak berapa nak adventure, tak minat outdoor. Cukuplah tengok fairy chimnies  di Gerome dan dari dalam bas ke Avanos..view macam sama je...haha...'been there, seen that'..Alhamdulillah..