Friday, 5 January 2024

Nasi Ayam Mak Chili

Salam Jumaat..

Masa cuti 3 hari sempena Krismas haritu, pergi makan nasi ayam di Nasi Ayam Mak Chili di Maxim Citylights, Sentul. Pengaruh Khairul Aming ni..tengok dia review nasi ayam ni di tik tok.

@ Blok C, Maxim Citylights
 
yeayy..tak berapa ramai pelanggan lagi..
 
working area dalam bilik sana
 
Ada banyak pilhan ayam..ada yang roasted, yang steamed, roasted + steam
teman pilih yang biasa je, yang ayam roasted
 
set nasi ayam + tauhu + taugeh + sirap laici
terlupa dah order taugeh kicap, terorder pula extra sayur (dalam mangkuk)
sayur sebenarnya ada dibawah ayam
 
Alhamdulillah, makan besar sebab tak makan sarapan
terus brunch
 
berkuah kicap
 
The verdict : Oklah rasanya..harga semua..RM31.70..

harga nasi ayam standard RM10.90
 
nak repeat?? entahlah...mungkin kot..

Thursday, 4 January 2024

Bok's Kito

Satu hari di hari Sabtu, teman ke Taman Tun Dr Ismail, nak pi restoran Meatlab-Menate, depa ada buat diskaun 50% sempena pembukaan outlet di TTDI. cari punya cari, jumpalah restoran tu tapi ramai sungguh pelanggan, kena tunggu lama. 

Tak jadi makan di sini, kita cari tempat lain. Jumpa restoran ni, depan balai bomba TTDI..namanya Bok's Kito..cantik pula tengok warna restoran ni dengan menara balai bomba..

Restoran Bok's Kito @ Jalan Tun Mohd Fuad 2

jual makanan pata timor..jomlah singgah..
 
macam-macam gulai ada
sweet je t-shirt belang-belang..
 
banyak pilihan

Order nasi kerabu ayam goreng

feveret nih

Ramai juga pelanggan non-Malay yang datang makan, ada mat saleh juga..

Wednesday, 3 January 2024

The Exchange TRX Mall

Sambung kisah aktiviti di hari cuti tahun baru 2024..

Petangnya...teman gi survey mall terbaru di Lembah Klang..TRX Mall. Dari rumah, naik LRT ke stesen Titiwangsa, then naik MRT ke stesen TRX dan jalan terus ke entrance mall...smooth rides. Suka konsep macam ni, shopping mall bersambung dengan stesen MRT...mudah sungguh perjalanan..

menuju ke mall
 
Shopping mall baru, glossy, spanking new..
 
teringat Istanbul
 
centrestage masih lagi tema Krismas
 
pokok krismas bersalji
 
secara am nya, tenant mix bercampur diantara high-class and middle range. bolehlah nak shopping sini...banyak kedai-kedai berjenama luar negara...
kita window shopping je..
 
kedai kopi T20..
 
anak tempatan produk oversea
 
La Lumiere..teringat tiktoker yang ajar how to pronounce
kedai-kedai French di TRX
 
beratur nak masuk butik LV
adakah teman layak masuk dalam barisan itu?..haha..
 
Food Terrace
 
prop hiasan
 
Sampai di eskalator ke tingkat atas, jom riki-riki rooftop pula
 
ada taman bandar
 
boleh beriadah di sini

 Turun semula, lalu depan kedai ni
 
ramai orang berkerumun depan kedai
 
ingatkan nak tunggu giliran masuk ke kedai
 
rupa-rupanya....
 
tengok lembu, angguk-angguk kepala..hihi..
ada 4 ekor lembu berbulu lebat
 
 Next, ingatkan nak check out surau nya tapi malas pula, ramai sangat manusia
balik solat Asar di rumah je lah..

turun ke tingkat concourse. ada food court - Food Republic, full house semua
jalan-jalan, pusing-pusing, singgah sebentar beli barang and balik..
 
Apakah barang yang dibeli tu?
 
tauhu biasa dan tauhu telur
beli supermarket Mercato
tauhu telur 3 peket RM2.00...mur, mur
masak untuk dinner

 
jadiklah buat kenangan kunjung pertama ke TRX..hihi..