Rabu, 27.12.23
Menyeberang jambatan ke arah Jalan Ampang
Rabu, 27.12.23
Salam Jumaat..
Sahabat yang baik itu ibarat seorang penjual minyak wangi..seperti hadis Nabi berikut:
Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)] - sumber : www.muftiwp.gov.my
Benar sekali..seronok mampir di booth parfum mencuba minyak wangi serta-merta menjadi wangi. Menjelang tahun baru 2024, minyak wangi kebetulan habis...so misi mencari minyak wangi. Teman ni bukanlah jenis yang setia dengan satu brand. Suka mencuba brand lain juga..
Kali ni mampir di booth parfum dari negara Turkiye Jenama Osmanli OUD...luxury scent of the empire...outlet di Sunway Putra Mall..
Outletnya di ruang legar sahaja, so bila lalu di sini, salesgirl tu akan bagi kertas yang disembur minyak wangi. Pertama kali lalu di sini, salesgirlnya orang Arab..kali kedua mampir, ada salesgirl Melayu...orang Kelantan..dialah yang entertain teman..
Assalamualaikum..
Hari Sabtu lepas, pergi ke Poslaju Segambut ambik barang. Sebab pada hari Jumaat, orang pos laju datang rumah, nak hantar barang tapi takde orang kat rumah, mak & kakak belum balik dari kampung.
Ambik hadiah dari blogger Nur dari blog Kait dan Lari sempena jadi one of the top commentators untuk tahun 2023 .Alhamdulillah, terima kasih Nur, dah 2 kali dapat hadiah dari Nur.
Jom tengok hadiah apa yang teman dapat...jeng, jeng..