Dulu pernah up tentang restoran ni
dalam entry WW #20: Tengok nama kedai je, dah gerun!
Restoran ni buka petang, dalam pukul 5.30 petang
Dulu pernah up tentang restoran ni
dalam entry WW #20: Tengok nama kedai je, dah gerun!
Restoran ni buka petang, dalam pukul 5.30 petang
Rabu, 27.12.23
Salam Jumaat..
Sahabat yang baik itu ibarat seorang penjual minyak wangi..seperti hadis Nabi berikut:
Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)] - sumber : www.muftiwp.gov.my
Benar sekali..seronok mampir di booth parfum mencuba minyak wangi serta-merta menjadi wangi. Menjelang tahun baru 2024, minyak wangi kebetulan habis...so misi mencari minyak wangi. Teman ni bukanlah jenis yang setia dengan satu brand. Suka mencuba brand lain juga..
Kali ni mampir di booth parfum dari negara Turkiye Jenama Osmanli OUD...luxury scent of the empire...outlet di Sunway Putra Mall..
Outletnya di ruang legar sahaja, so bila lalu di sini, salesgirl tu akan bagi kertas yang disembur minyak wangi. Pertama kali lalu di sini, salesgirlnya orang Arab..kali kedua mampir, ada salesgirl Melayu...orang Kelantan..dialah yang entertain teman..