Kisah makan buffet wagyu yakiniku sebelum puasa haritu
'yakiniku' maknanya 'grilled meat'
bos belanja, makan di restoran Kampai @ Bamboo Hills
Kisah makan buffet wagyu yakiniku sebelum puasa haritu
'yakiniku' maknanya 'grilled meat'
bos belanja, makan di restoran Kampai @ Bamboo Hills
Salam Jumaat..
Sekian banyak dapat undangan open house corporate
baru semalam gi open house Amanahraya di Double Tree by Hilton
di Intermark, Jalan Tun Razak
selebihnya..makan & makan..hehe..
Hari Ahad baru ni, selepas sesi kemas-mengemas di pejabat baru, on the way ke stesen monorail Raja Chulan, tersinggah Pavilion...hehe..nak gi solat sebenarnya.
Tricky juga nak cari surau Pavi, tersorok di bahagian belakang, kena lalu pintu rintangan api. Surau di tingkat 5. Selesai solat, haruslah ronda-ronda dulu tingkat 5 ni, level F&B, banyak restoran..
Ternampak outlet Chagee ni...bagaikan menggamit-gamit untuk singgah...
Chagee ni jual teh premium dari Yunnan, China..Dato' Lee Cheong Wei jadi duta Chagee..
The beautiful heritage of Chinese tea faces the danger of being forgotten every day. One day, a team of tea lovers from Yunnan, China, decided to take on the mission of resuscitating and reintroducing Chinese tea culture to the world – with a modern twist. And thus, CHAGEE 霸王茶姬 was born. As the leading premium tea shop in China and Malaysia, we are truly honoured that our fresh milk tea series is popular among tea appreciators and milk tea lovers in Malaysia.
Nampak dalam list menu, ada Osmanthus Oolong Tea. Nak try yang tu. Masa gi Xi'an dulu, ada makan kuih pisang kaki inti osmanthus dan kuih pulut osmanthus..so kena try teh osmanthus pula..harga RM11.90..