Salam semua...sambung kembali kisah travel di Yogyakarta..
Hari kedua di Jogja. Hari Jumaat. Hari ni kita ke Borobudur..one of the must visit places in Jogja. Malam semalam baru godek-godek website, nak beli tiket. Bapak Kadarmaji beritahu kena pilih slot - setiap visitor cuma dibagi masa 1.5 jam sahaja untuk jalan-jalan di Borobudur, kami ambil slot 9.30 - 11.00 pagi..
confirmation tiket. unduh = download
Harga tiket untuk 2 orang - IDR 942,075 @ RM273
Lebih kurang RM140 per person
Untuk hari ni, kami booking teksi Pak Kadarmaji untuk satu hari, dari pukul 8.00 pagi hingga 6 petang. Sewa seharian ialah IDR 500,000 @ RM145.
Borobudur ialah kuil Buddha terbesar di dunia. Dibina pada kurun ke-9 di zaman dinasti Syailendra tetapi ditemui pada tahun 1815. Dinobatkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Masih berfungsi sebagai kuil, masih ada orang Buddha yang buat upacara keagamaan mereka di sini.
Jom kita lawat tapak UNESCO. Sampai di tempat parkir, ramai yang datang, menjual pelbagai barang. Terus ke kaunter tiket.
kaunter pengesahan tiket - dapat gelang kertas dan kupon
dapat air mineral & upanat (selipar anyaman bambo / mengkuang)
kaunter collect beg berisi air mineral & upanat Diberi juga nombor kumpulan
Selepas ambik beg, beredar ke ruang menunggu
dimestikan pakai upanat ni untuk menjaga lantai Borobudur
daripada rosak binasa
setiap kumpulan ada seorang guide yang handle banyak kali juga berenti, guide bagi info tentang Borobudur
Jom gerak, masa ni panas lit-lit
Borobudur...perghh..sayuppp..
Borobudur ni ada 9 tingkat. Visitor hanya boleh gi sampai tingkat 7 sahaja.
2 tingkat yang teratas ditutup untuk visitor, tempat mereka sembahyang
banyak ukiran-ukiran di dinding
tour guide tengah bagi penerangan tentang ukiran
the highlight kat Borobudur ni ialah photoshoot kat stupa
Takde apa nak dilihat kat atas ni, kami pun inform tour guide, nak balik dulu. Dia ok je. nak turun punyalah azab..tapi lepas juga..hehe..
Borobudur bahagian belakang
Tak larat nak berjalan ke tempat parkir, kami naik kereta kuda. Dibawa jalan-jalan keliling kampung dulu sebelum ke tempat parkir
seronok juga..angin berhembus..
singgah di sini untuk toilet break & beli minuman dingin dahaga giler, tak cukup sebotol air mineral 500ml
dipintas oleh anak-anak berbasikal pulang dari sekolah
jalan-jalan, melihat desa yang permai
sawah padi lagi, tempat photoshoot, OOTD background Gunung Merapi disebelah kanan
dah sampai di tempat parkir
Seronok naik kereta kuda, melawat kampung
ok, bergerak ke destinasi selanjutnya