Saturday, 8 June 2024

Acuan Laksa Kuale

Kenangan tahun 80'an
Dulu² masa kecik², masa sekolah rendah
keluarga teman ada buat bisnes laksa kuale
kuale ni merujuk kepada kampung teman
 Kuala Kangsar Perak

 
kami buat laksanya saja, kuah tak buat
laksa kuale guna tepung gandum ya, 
bukan tepung beras macam laksa utara
 
setiap tahun apabila bulan puasa, time nak raya aidil fitri, raya haji...
ramailah customer hantar tepung gandum
ada yang 1 kilo, 2 kilo
bagi sekali dengan bekas untuk isi laksa
Selalunya depa bagi bakul plastik
orang perak panggil raga plastik

Mak sayalah yang uli tepung secara manual
Kendian masuk dalam acuan tembaga ni
Teman tak tahu dari mana asal-usul acuan ni
katanya dari negara Thai
Tapi menurut mak teman dari family belah arwah ayah

Acuan laksa kuale
Family heirloom...hihi..

 arwah ayah buat sendiri tempat letak acuan ni
tebuk kayu tebal ikut bentuk acuan
kendian buat pangsa untuk letak kayu yang dah ditebuk
 
untuk proses buat laksa, buat dapur bawah pangsa
ada kuali berisi air, masak air hingga mendidih
 kena pusing alat yg bentuk skru dkt acuan guna batang besi
pusing secara manual..teman adik-beradik le kena pusing
mengelilingi kuali..panas hoiii..
laksa akan keluar ikut acuan berlubang dan masuk dlm kuali
 
boleh tengok dlm tiktok destinasitv ni 
proses buat laksa tepung gandum

nostalgia sungguh
 
Pernah sekali kami berniaga laksa di majlis sambutan Keputeraan Sultan Perak
dulu² setiap kali birthday Sultan Perak, zaman Al-Marhum Sultan Idris
ada acara keramaian di taman kanak-kanak
di tepi Sungai Kangsar dan Sungai Perak 

ada sukan rakyat, sukan tradisional, pakaian beragam..meriahh..
tapi yang paling ditunggu ialah pertandingan berkayak 
diantara Kolej Melayu dan Sekolah Clifford, dua² boy school di kuale
ala-ala pertandingan berkayak Uni Cambridge and Oxford

Teman pun tak ingat bila bisnes keluarga ni berakhir
rasanya bila kami semua dah bersekolah menengah
slowly die peacefully...
 
sekarang ni dah mudah, setiap kali balik kampung
nak makan laksa, beli je kat pasar
balik rumah, masak kuahnya

Acuan tembaga tu baru jumpa kembali
adik balik kampung, usahakan bagi berkilat semula

nak buat apa? ntahlah..simpan untuk kenangan..

Friday, 7 June 2024

Kuih Penyaram Gula Apong

 Salam petang Jumaat

Jumpa kuih ni di Restoran Dapur Sarawak

teringat kat blogger Amie 

sebiji RM1.00 

penyaram dan kek lapis
 
enakkk..

Selamat berhujung minggu..

Yogyakarta : Sarapan Pagi & Makan Malam

Masih lagi di hari kedua di Yogyakarta..

Dari Sekar Kedhaton, kami ambik grab balik ke hotel. Berehat dan tidur sekejap, bangun tidur, keluar meronda di Jalan Malioboro. Strolling along Jalan Malioboro bagaikan aktiviti wajib di waktu malam di sini. Penat berjalan, singgah kedai makan depan hotel..nak makan yang ringan-ringan, yang soupy-soupy...

Mula-mula masuk restoran Raos Eco ni, tapi makanan yang nak tu dah habis, tak jadi makan di sini. Pergi ke kedai hujung..
 
makan style lesehan, bersila sambil makan di meja rendah ni
 
order mie goreng seafood..seafood nya tak fresh
udang nya kering, sotongnya liat..huhu..redho jelah..
 
Dah habis makan, singgah Indomart di sebelah hotel, survey barang-barang yang nak dibeli bawa balik Malaysia..
 
---------------------------------------------

Hotel Whiz ada sediakan sarapan pagi. Jom tengok hidangan sarapan di hotel ni. Sarapan style Indonesia. Tiga kali bersarapan di sini. Di hari pertama, ada nasi putih & lauk. Di hari kedua dan ketiga pula, ada nasi goreng. Setiap hari ada mie atau spaghetti goreng.
  
laluan ke dining area
 
gudeg & areh, telur rebus pindang & pecel
 
sambal2
 
ni biasa..roti & jem
 
kacang rebus & keledek rebus
 
keropok & jajan
 
air panas & sejuk
 
Bergerak ke bahagian luar yang open-air

suasana di dining area open-air

live cooking - gorengan - bakwan, tempe, tahu
 
bubur nasi
 
sup rolade, di hari kedua ada rawon 
 
salad, puding & buah
 
sarapan di hari kedua sebelum ke Borobudur
ambil sikit gudeg, nak merasa gudeg hotel
 
di hari ketiga
 
open-air dining area

 

Alhamdulillah..sarapannya ok, enak semuanya..