Friday 7 June 2024

Yogyakarta : Sarapan Pagi & Makan Malam

Masih lagi di hari kedua di Yogyakarta..

Dari Sekar Kedhaton, kami ambik grab balik ke hotel. Berehat dan tidur sekejap, bangun tidur, keluar meronda di Jalan Malioboro. Strolling along Jalan Malioboro bagaikan aktiviti wajib di waktu malam di sini. Penat berjalan, singgah kedai makan depan hotel..nak makan yang ringan-ringan, yang soupy-soupy...

Mula-mula masuk restoran Raos Eco ni, tapi makanan yang nak tu dah habis, tak jadi makan di sini. Pergi ke kedai hujung..
 
makan style lesehan, bersila sambil makan di meja rendah ni
 
order mie goreng seafood..seafood nya tak fresh
udang nya kering, sotongnya liat..huhu..redho jelah..
 
Dah habis makan, singgah Indomart di sebelah hotel, survey barang-barang yang nak dibeli bawa balik Malaysia..
 
---------------------------------------------

Hotel Whiz ada sediakan sarapan pagi. Jom tengok hidangan sarapan di hotel ni. Sarapan style Indonesia. Tiga kali bersarapan di sini. Di hari pertama, ada nasi putih & lauk. Di hari kedua dan ketiga pula, ada nasi goreng. Setiap hari ada mie atau spaghetti goreng.
  
laluan ke dining area
 
gudeg & areh, telur rebus pindang & pecel
 
sambal2
 
ni biasa..roti & jem
 
kacang rebus & keledek rebus
 
keropok & jajan
 
air panas & sejuk
 
Bergerak ke bahagian luar yang open-air

suasana di dining area open-air

live cooking - gorengan - bakwan, tempe, tahu
 
bubur nasi
 
sup rolade, di hari kedua ada rawon 
 
salad, puding & buah
 
sarapan di hari kedua sebelum ke Borobudur
ambil sikit gudeg, nak merasa gudeg hotel
 
di hari ketiga
 
open-air dining area

 

Alhamdulillah..sarapannya ok, enak semuanya..

18 comments:

  1. Banyak juga menu makan pagi di hotel ni. Masakannya juga unik-unik. Banyak yang tak biasa jumpa.

    ReplyDelete
  2. bila melancong ke Indonesia kena biasakan diri dgn makanan di sana. Harap menepati citarasa kita.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis, suka setting buffet tu guna tempayan macam mangkuk kecil tu, ya kadang nak makan ringkas, soupy soupy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...ada 2 yg soupy²...enak² jg mknan nya..cuma gudeg saja ngak lalu mkn...

      Delete
  4. Replies
    1. Ada makanan khas Jogja seperti gudeg...yg lain lbh kurang sama dgn di sini..

      Delete
  5. Sedap ni dapat makan gorengan panas…bakwan, tempe.

    ReplyDelete
  6. Suka kalau hotel sediakan breakfast boleh breakfast dengan santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, santai² sarapan..cuba semua makanan..huhu..

      Delete
  7. kalau brekpes atau makan kat hotel..benda pertama cari makanan yang jarang jumpa..boleeh try

    ReplyDelete
  8. selesa mkn di hotel banyak pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..selesa, tmpt mkn pun luas..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!