Wednesday, 12 June 2024

Yogyakarta : Keraton | Muzium Kagungan Dalem (Wahana Rata)

Assalamualaikum..sambung kisah travel di hari ketiga di Yogyakarta. Itinerari hari ni ialah lawatan ke Keraton Yogyakarta

Bila sebut Keraton sudah semestinyalah berkaitan dengan keluarga diraja Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat, pemerintahan monarki yang telah berusia lebih 250 tahun. 

Pemerintah tertinggi Keraton Yogyakarta masa kini bergelar Sri Sultan Hamengku Buwono ke 10 (HBX). HBX menaiki takhta pada tahun 1989 dan sekarang beliau berusia lebih kurang 78 tahun.

Kami pergi 4 tempat Keraton - Muzium Kagungan Dalem (Wahana Rata), Keraton (istana), Tamansari dan Masjid Gedhe Kauman.

Naik grab dari hotel, driver hantar kat kaunter tiket bahagian selatan-barat. Rupanya di sini cuma tempat beli tiket sahaja. Berjalan kaki ke arah kaunter tiket di main entrance di selatan Keraton (istana). Bapak-bapak beca ramai yang menghampiri, bertanya samada kami nak naik beca, mereka boleh tunggu sementara kita masuk ke tempat lawatan. Tapi kami mau berjalan kaki sahaja. Di jalan besar, ternampak muzium keraton di sebelah kanan jalan, singgah sini dulu.

Muzium kereta kuda
 
ada yang menunggu
 
Tak ingat berapa entrance fee. Muzium ni satu arah je jalannya, ikut flow
 
HBX zaman muda
 
pakaian rasmi pekerja kereta kuda
 
jenis-jenis payung
 
tandu
 
Keluar saja dari bangunan ni, bermula pameran koleksi kereta kuda
tak berapa pasti kereta kuda di sini dari tahun bila, tapi kebanyakannya semasa
Sultan ke 8 dan 9. Macam-macam bentuk kereta kuda..
ada yang bertutup, ada yang open-air, koleksi terbesar yang pernah saya lihat
 
setiap kereta kuda ada penerangannya
 
flimsy
 

kereta kuda untuk membawa jenazah
 
kereta kuda pada tahun 1900/1911

tak tahu acara apa
 


Dah habis melihat & berjalan sekeliling, bergerak ke kawasan istana pula.
tak jauh, lintas jalan, lebih kurang 5 minit untuk sampai ke kaunter tiket
 
Kita melawat istana pula..next entry : Keraton Yogyakarta

Tuesday, 11 June 2024

Anak Kecil Main Api...

Terbakar hatinya yang sepi...dah lama tak dengar lagu ni..

Api kecik² menjadi kawan, bila besar jadi lawan..dulu² pencetus api ialah mancis. Sekarang ni dah lama tak nampak mancis..rasanya generasi X, millenial, mungkin tak kenal mancis ni..

Dulu² dalam bilik hotel, ada disediakan mancis..pernah juga buat koleksi mancis hotel sebab comel dan cantik kotaknya..

Adik ke Kota Bharu weekend baru ni, pergi melawat kilang mancis tertua di Malaysia. Lokasinya di Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu..

Kelantan Match Factory Sdn Bhd

sejak tahun 1933...perghh..lama bertahan..
 
old school
 

mancis cap lada..femes brand ni..

menggamit memori..
 

 Jangan bermain api..nanti terbakar diri...

Monday, 10 June 2024

Finest Bake @ Suria KLCC

Sequel kepada entry pagi tadi

selepas ber-reunion, teman jalan² pula dalam mall

mencari pushcart Finest Bake yang popular itu

ramai betul tiktoker Indonesia yang beli tart nenas di sini

katanya tart nenas (nastar) di sini sedap rasanya

dari depan takde nama
 
 
nama ada disisi

Disebabkan banyak kali lalu-lalang di tiktok, kita pun jadi teringin

masa pergi, tart nenas dah habis

kena beratur pukul 10 pagi kalau nak beli tart nenas

biskut-biskut lain pun nampak sedap, ada logo halal JAKIM..

Almond Classic Cookies

Almond Biscotti

coffee butter almonds
 

Beli coffee butter almonds, harga RM26..memang terbaik..

kali kedua, beli biskut almond sugee, baru beli tadi..

maklumlah office dah dekat, berjalan kaki ke Suria..exercise petang..

Harga = RM28, biskut raya haji tapi untuk makan sendiri...haha..

 Nanti kita rasa biskut ni pula..

Biskut ni bukanlah homemade but kilang made

kilang kat Jalan Haji Sirat, Meru, Klang

Kalau kita terjah kilang, lagi murah kot harganya 

mungkin ada jual di tempat lain juga