Assalamualaikum..sambung kisah travel di hari ketiga di Yogyakarta. Itinerari hari ni ialah lawatan ke Keraton Yogyakarta.
Bila sebut Keraton sudah semestinyalah berkaitan dengan keluarga diraja Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat, pemerintahan monarki yang telah berusia lebih 250 tahun.
Pemerintah tertinggi Keraton Yogyakarta masa kini bergelar Sri Sultan Hamengku Buwono ke 10 (HBX). HBX menaiki takhta pada tahun 1989 dan sekarang beliau berusia lebih kurang 78 tahun.
Kami pergi 4 tempat Keraton - Muzium Kagungan Dalem (Wahana Rata), Keraton (istana), Tamansari dan Masjid Gedhe Kauman.
Naik grab dari hotel, driver hantar kat kaunter tiket bahagian selatan-barat. Rupanya di sini cuma tempat beli tiket sahaja. Berjalan kaki ke arah kaunter tiket di main entrance di selatan Keraton (istana). Bapak-bapak beca ramai yang menghampiri, bertanya samada kami nak naik beca, mereka boleh tunggu sementara kita masuk ke tempat lawatan. Tapi kami mau berjalan kaki sahaja. Di jalan besar, ternampak muzium keraton di sebelah kanan jalan, singgah sini dulu.
Muzium kereta kuda
Tak ingat berapa entrance fee. Muzium ni satu arah je jalannya, ikut flow
pakaian rasmi pekerja kereta kuda
Keluar saja dari bangunan ni, bermula pameran koleksi kereta kuda
tak berapa pasti kereta kuda di sini dari tahun bila, tapi kebanyakannya semasa
Sultan ke 8 dan 9. Macam-macam bentuk kereta kuda..
ada yang bertutup, ada yang open-air, koleksi terbesar yang pernah saya lihat
setiap kereta kuda ada penerangannya
kereta kuda untuk membawa jenazah
kereta kuda pada tahun 1900/1911
tak tahu acara apa
Dah habis melihat & berjalan sekeliling, bergerak ke kawasan istana pula.tak jauh, lintas jalan, lebih kurang 5 minit untuk sampai ke kaunter tiket
Kita melawat istana pula..next entry : Keraton Yogyakarta