Monday, 24 June 2024

Yogyakarta : Pasar Tradisional Beringharjo

Balik ke hotel selepas selesai lawatan di kawasan Keraton Yogyakarta. 
Petangnya, kami pergi ke Pasar Beringharjo di Jalan Malioboro.

pintu gerbang Jalan Dagen
 
satu famili berpakaian tradisional Jawa
sedang posing di Jalan Malioboro
 
pintu gerbang Kampoeng Ketandan
 
Dah sampai di Pasar Beringharjo, pasar tertua di Yogyakarta, yang mula beroperasi sejak tahun 1758. Ada 2 bangunan, di sebelah barat dan timur.
 
entrance dari Jalan Malioboro (pintu barat)
 
di bahagian ni menjual pakaian
 
Naik ke lantai satu, beli T-shirt khas Jogja di sebuah kedai, cantik2 t-shirtnya. Kemudian turun ke lantai bawah (ground floor), banyak menjual pakaian batik.tak berkenan, kakak saya je beli baju batik
 
kisah di pagi Ahad

Di pagi Ahad, sebelum check out, kami pergi lagi ke Pasar Beringharjo. Kakak nak beli buah alpukat (avocado). Kali ni kami pergi ke bahagian pasar basah di bangunan sebelah timur.

beli dgn makcik ni...penimbang tradisional..
 
lalu di gerai jual gula aren..first time tengok gula aren sebesar ni..
 
gula aren
 
beli kopi aren ni..manisnya dah pass, 
cuma kopinya kureng, nipis sangat, kena tambah nescafe baru sedap
 
bila dah di pasar beringharjo, haruslah mencoba kuliner legendaris di sini. 
cari-cari dalam tiktok, screenshot the page supaya senang nak tanya orang
kami mau cari makcik yang menjual jenang 
keluar dari bangunan untuk cari pintu selatan 
 
yeayy..dah jumpa
 
Masuk je pintu ni, disudut kiri sudah nampak Jenang Bu Darmini
 
jenang Bu Darmini
 
bahan-bahan utk jenang 
ada bubur som-som, bubur mutiara (sagu merah)
yang dua lagi tu tak tahu apa

jenang - enakkkk
 
ada yg jual pecel, tahu bacem, burung puyuh goreng
dan juga mie goreng. Di hujung sana ialah Jenang Bu Darmini
 
kami naik beca motor balik ke hotel pagi Ahad tu
 
Muter-muter naik beca...nyaman sekali

Bersambung...

Thursday, 20 June 2024

Kenangan Hari Raya Qurban 2024

Kenangan Hari Raya Qurban 1445H

Pada hari Isnin, 17 Jun 2024, umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban

Di pagi hari raya, kami bersolat raya di surau dekat rumah sahaja

 

 Surau An-Nuur

 kariah muslimat 
 
Yang best surau ni ialah disediakan jamuan raya selepas solat 
bermacam juadah, ada nasi impit, kuah lodeh, ketupat nasi
rendang ayam, lemang, kek, puding, air sirap, air teh tarik

 sedang menjamu selera dengan juadah hari raya

anak-anak muda mendaftar sebagai petugas

tiga ekor lembu untuk dikorbankan
 
Alhamdulillah, tahun ni teman menyertai ibadah korban di Uganda, Afrika anjuran Pasrelief dan NGO Warga Cakna.Jom lihat suasana korban di Uganda.
 
Kaum muslimat sedang menunggu

92 ekor lembu dikorban

daging korban diagihkan
 
Kembali semula ke Malaysia
Yang ni acara melapah di Masjid Amru ibn Al-Ass

 
Acara penyembelihan kambing biri-biri
pada hari Selasa, 18.06.2024
 

 Alhamdulillah, selesai sudah acara korban di hari raya dan hari2 Tasyrik


 Semoga bertemu lagi di tahun depan

Wednesday, 19 June 2024

Yogyakarta : Kampoeng Taman | Masjid Gedhe Kauman

 Meneruskan aktiviti di hari ketiga di Jogja..

berjalan-jalan, muter-muter di kampung wisata di sebelah Taman Sari

Kampung Taman namanya. Di papan kenyataan ditulis Kampoeng Cyber

Founder facebook @ meta, Mark Zuckerberg pernah melawat kampung ni

orang2 terkenal dan kenamaan yang pernah melawat Kampung Taman
 
Jom muter-muter kampung cyber
 
 

ramai pelawat tempatan..kami je foreigners
 
outlet menjual bakpia - kuih khas Jogja
 
Bakpia Taman Sari 
 
snap dari jauh sahaja
menarik silingnya
 
Berjalan lagi..ikut flow..
 
suasana kampung..bersih sekali
 
jual pop ice & jus buah

menjual kuih wingko

ada kuih wingko dan kuih bakpia
 
beli campur kuih bakpia & kuih wingko
 
Kuih wingko tu rasanya macam kuih dangai, campuran pulut hancur, kelapa parut dan gula. Bila digigit, liat-liat rasanya..bakpia tahukan rupanya..
 
Sambung berjalan mengikut kaki melangkah..no expectation..
tetiba sampai di Pasar Ngasem..
 

Pasar Ngasem ni enaknya pergi di waktu pagi, banyak jualan kuih-muih tradisional Indonesia. Kami sampai di sini hampir pukul 12.00 tengahari. Masih ada yang berjualan tapi kami tak singgah
 
Mencari jalan untuk kembali ke Taman Sari, mau pergi ke tempat parkingnya beca. Pasar Ngasem ini berada di tepi jalan besar. Kerna ngak mau sesat jalan, kami berpatah balik ikut jalan masuk tadi, bertembung dengan rombongan pelawat yang baru masuk ke kampung..
 
Alhamdulillah sampai di west gate dan keluar menuju ke kawasan perumahan di bahagian timur Taman Sari
 
lorong menuju ke tempat parking beca
 
galeri batik Suhardi
 
lorong menuju ke Taman Sari
 
Di hujung lorong, bapak beca sudah menunggu..lokasi seterusnya ke Masjid Gedhe Kauman di utara alun-alun keraton.
 
Masjid Gedhe Kauman ialah masjid agung Kesultanan Yogyakarta. Ianya didirikan oleh Hamengkubuwono I bersama Kyai Faqih Ibrahim Diponingrat (penghulu pertama Kraton) dan Kyai Wiryokusumo sebagai arkitek. Masjid ni dibina pada hari Ahad, 29 Mei 1773
 
main entrance ke kawasan masjid
 
Masjid Gedhe Kauman

Masjid Agung Kauman dibina dalam seni bina agama Jawa tipikal dengan bumbung tiga tingkat, kekurangan menara dan serambi. Serambi (beranda utama berbumbung) merupakan ciri asas dalam seni bina Jawa.
 
serambi berbumbung

siling kayu di serambi
 
Melangkah masuk ke ruang solat utama, kemasan kayu

karpet merah
 
Keluar semula ke kawasan serambi, nampak ramai orang perempuan berpakaian putih, macam ada majlis nikah. Tepat sangkaan ku..ada upacara pernikahan..yo! best ni..kami pun tunggu sehingga mempelai hadir..
 
wedding planner menunggu pengantin lelaki
 
rombongan sebelah lelaki
terkejut ada yang berbaju melayu
yang lelaki pula bersampin tapi baju bukan cekak musang
 
acara sudah bermula
tak menunggu sampai acara akad nikah
 
Keluar dari perkarangan masjid, cari bapak beca, minta dia hantar ke hotel. Nego harga, mahal pula bayarannya, tak jadi naik beca. Kami pun bayar bapa beca seperti yang dipersetujui - Rp30,000.
 
Sebelum pulang ke hotel, kami makan dulu di gerai-gerai di tepi jalan utama, di seberang jalan ialah alun-alun keraton.
 
gerai-gerai depan alun-alun keraton
 
gado-gado..enakkk

 sebaik sahaja lepas makan, hujan turun dengan lebatnya
berteduh dalam gerai
 
bila hujan dah berenti, kami order grab untuk pulang ke hotel..

tamat sudah sesi lawatan ke keraton Yogyakarta