Sunday, 7 July 2024

Merewang & Kenduri Rakyat

Assalamualaikum..salam Maal Hijrah..

Kisah selepas Hari Raya Haji..hari Sabtu, 22.6, ada kenduri masak daging korban. Daging² korban disejukbekukan sebab lembu & kambing disembelih pada hari Selasa. Hari bekerja. Proses penyembelihan dibuat di ladang ternakan lembu di Gombak.

So, hari Sabtu, kita buat majlis sumbangan daging korban dan kenduri rakyat. Masak sendiri lauk² kenduri, so kenalah merewang..dah lama tak merewang..excited²..

Ada 3 menu utama - daging masak black pepper, sup tulang/gear box dan gulai kari kambing. Nasi putih ada yang volunteer masak di rumah. Yang lain ulam-ulaman, sambal belacan, buah tembikai dan air sarsi..

team sup gear box
 
team daging black pepper
 
 
team potong daging
 
team potong tulang
 
kemeriahan merewang
 
chef sup tulang & gear box
 
start masak daging black pepper
daging dah dilembutkan guna pressure cooker
 
dah siap daging black pepper
 
ulaman timun, sambal belacan dan buah tembikai
 
masa untuk makan!!
 

Masa ni kari kambing belum siap lagi

Alhamdulillah...sedap² semua menu..
 
Ada lebih, tapau bawa balik..

Salam Maal Hijrah 1446H

 


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah
Salam Awal Muharam

Wednesday, 3 July 2024

Celebrate birthday boss...

26.6. Birthday boss..

Pada hari kejadian baru plan nak belanja boss lunch. Merata jugalah mencari tempat, last2 makan di Madam Kwan's di Pavilion KL Pertama kali teman makan di resto ni..sebelum tu, beli kek dulu di Komugi..

yummy, yummy!! beli yg red velvet..harga RM70..
 
Dah di Madam Kwan's, jom lah order..
 
fried banana with ice-cream
sepatutnya jadi dessert tapi tersampai awal pulak
jadi appertiser 
 
chicken chop
 
sedappp..nasi bojari nya - lengkap semua ada
udang masak cili, ayam goreng dan rendang daging
salad dan timun dibawah ayam goreng
 
time to eat cake..

 Happy birthday boss..