Tuesday, 23 July 2024

Lunch @ Hotel Royal Signature

 Kisah makan-makan semasa conference minggu lepas 
di Hotel Royal Signature, Jalan Bukit Bintang
 
Hotel Royal Signature ni dulunya Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
dah dijual kepada Singaporean company, Royal Hotel Ltd 
-------------------------
 Penganjur ada sediakan light breakfast di ruang legar sebelah dewan seminar
Day 1 - nasi lemak & buah2an
Day 2 - ketiau goreng & buah2an

masa tea break pukul 10 pagi, makan menu breakfast
tapi ada tambahan kek, sandwich & dumpling

dumpling
 
ketiau goreng
 
tea break 2nd day
 
Untuk makan tengahari, peserta menjamu selera di cafe hotel
 
cantik pula tengok dekorasi awan larat
 
Cafe hotel di tingkat satu, pelbagai menu buffett
 
bila semua makan serentak, haruslah kena beratur
untuk ambil main dishes
 
takpe, kita ambik appetiser dulu 
 
salad bar
 
salad & pasta salad
 
Jom tengok main dishes, bagus ditutup macam ni
dan sentiasa heated
 

main dishes - nasi putih, 2 menu ayam, daging, kambing
ikan sweet sour dan sayur campur. Ada pasta juga
1st day - spaghetti bolognese, 2nd day - alio oglio
 
nasi ambeng...hihi..
nasi campur + spaghetti bolognese
 
ada bun, cekodok pisang, cucur bilis
 
menggoreng cekodok & cucur bilis
 
desserts table
 
kek, tart kelapa, buah nenas & cekodok
 
Minuman - ada jus, teh dan coffee machine
 
 
teh bancuh sendiri

Network break yang terakhir ialah pukul 3.30 petang

Minum petang - fish fingers, boxing chicken, cakes
 
Hotel ni nampak ok, lokasi agak jauh juga dari stesen monorail
dan MRT Bukit Bintang, tapi dekat dengan stesen monorail Imbi
 
reception
 
foyer

Pertama kali berseminar di sini, ok tempatnya
 
Level 3 - lokasi ballroom & bilik seminar
luas circulation area nya..selesa..
 
semoga dapat hadir seminar yang sama tahun depan

Monday, 22 July 2024

Resto Cina Muslim - Sunny Garden

 Makan-makan di Sunny Garden, restoran Cina-Muslim 
di PV128, Jalan Genting Klang

restoran di bahagian belakang
 
pengaruh tik-tok, katanya dumpling di sini sedap
tiktoker EatAi (Halal Foodie) pernah makan disini
katanya owner dari Inner Mongolia
 
suasana dalam restoran
 
limau ais

mee goreng dan mee sup..sedap..
 
sedap mi ni

dumpling kukus

dumpling goreng
 
sedap dua-dua dumpling..memang terbaik..

Recommended untuk dicoba..

Sunday, 21 July 2024

Keropok Ubi Kayu gaya vintage

Hola, keropok ubi kayu di Madam Kwan's

 rasa macam keropok ubi kayu jual dekat RnR...

packaging yang menarik perhatian

sooo vintage..soo classic...

kalau di RnR, jual macam ni jer

packaging x menarik pun takpe, janji sedap..

Selamat berhujung minggu