Tuesday, 20 August 2024

Makan cendol & spagetti @ Nan & Co

Kisah tahun 2023..tak tahu samada gerai ni ada lagi ke tak, maklumlah sekarang ni majlis sedang agresif buat tindakan basmi kedai-kedai haram..hopefully ada lagi lah..

Gerai depan apartment Seri Menanti dan Sri Ara di Ara Damansara...gerai western yang sedap..Nan & Co namanya... 

redup suasana di dalam kehijauan
 
ada 2 gerai berkembar - Nan & Co dan Koopang
 
Koopang - gerai nasi campur

suasana dalam gerai
 
Selain makanan western, ada juga jual cendol, laksa & kuih muih

menu gerai cendol & laksa

cendol yang sedap

spagetti yang sedap

Kalau ada di Ara Damansara, bolehlah singgah di sini. Parking tepi jalan je, kalau kena saman, nasiblah kan...haha...

Monday, 19 August 2024

Mee Tarik Mulanke Lan Zhou

Kisah mee tarik lagi..

Walaupun boleh makan setiap hari bekerja di Asia City Cafe, tapi bila jumpa restoran mee tarik, bagai ditarik-tarik untuk masuk...maklumlah favourite foods..

Kali ni restoran mee tarik di Sky Awani Residence di Sentul, restoran baru buka..namanya Mee Tarik Mulanke Lan Zhou..jom kita cuba.. 

pandangan hadapan
 
dalam resto
 
Jom tengok menu..
 
kisah mee tarik
 
 menu restoran mee tarik ni, lebih kurang sama je
 
signature dish - beef noodle

ni pun standard menu

snacks & dumpling
 
Disebabkan nak mencuba menu baru, taknak order yang dah biasa makan, so kita orderlah Zha Jian Noodle (chicken)..sejenis cold noodle..
dan spring onions pancake
 
rupanya zha jiang noodle ni guna sos taucu
bertabahlah menghabiskannya...hahaha..kurang sikit ditekak teman
air percuma sbb resto baru buka
 
kedekut noo spring onion nya, intinya secoet je
terasa makan tepung goreng..sib baik sedap..
 
Alhamdulillah, dapat makan...
kalau repeat, kita order menu yang dah biasa makan daa..
 
ternampak ada cawangan dekat area Setapak Central

Sunday, 18 August 2024

Central Market : Art Attack, Kopi Dua Darjat, Gerai Jualan

Sambung kisah jalan-jalan di Central Market..masih lagi dalam bangunan utama...

kedai cendol - Chinatown Cendol
dekat pintu utama
 
dragon beard candy
 
kedai cenderahati daripada copper/tembaga
cantik-cantik barangnya
 
Berjalan keluar melalui pintu belakang, ternampak ramai sedang duduk di meja, ada akviti mewarna di bangunan annexe
 
aktiviti mewarna kanak-kanak
 
bangunan annexe CM..tak pernah masuk lagi..
wahh...ada 3D Art Museum di tingkat 3
 
ada galeri jual lukisan
 
aktiviti mewarna untuk orang dewasa
 
Menarik betul aktiviti di bangunan annexe..art attack..
 
Ternampak ada kedai kopi..Kopi Dua Darjat namanya... 
 
jom singgah pekena kopi dulu
 
banyak menu kopinya
 
kopi darjat Borneo - guna gula apong
 
Duduk minum kopi, tetiba mata terpandang laluan di sebelah kiri Central Market
ada deretan gerai-gerai jualan..harus gi tengok..
 
ada jual kopi juga
 
banyak jual pakaian
 
berjalan pulang

Banyak rupanya aktiviti di Central Market

Check it out