Monday, 26 August 2024

Nasi Arab Lauk Ikan Goreng

Salam Isnin..

Hari Sabtu baru ni, ada kuliah di rumah jiran. Anak dia baru balik dari buat umrah. Anak dia cerita makan nasi arab dengan lauk ikan goreng dekat restoran tepi highway on the way ke Madinah. So, dia pun jamu nasi arab dengan lauk ikan siakap goreng..nasi arab homemade, masak sendiri. Alhamdulillah..rezeki..

Tuan rumah sediakan 2 talam nasi arab...dah lama tak makan dalam talam. Tuan rumah cakap anak cucu dia ramai, makan dalam talam lebih mudah..

ada nasi arab, coleslaw, ikan siakap goreng, keropok sayur
yang dalam mangkuk tu ialah pajeri nenas dan ayam masak merah

sedap..yummy..
 
ni video mereka makan authentic nasi arab 
berlaukkan ikan goreng di Madinah
 

Terperanjat tengok dia ketuk talam 
 
Alhamdulillah, dapat makan, dapat ole-ole dari Mekah
 
air zam-zam dan coklat

Alhamdulillah..semoga bertambah rezeki tuan rumah & anak dia serta dikurniakan kesihatan yang baik..

amin²..Ya Robbala'lamin..

Friday, 23 August 2024

Port sarapan, lunch & lepak : Andy's Cafe X Event Space

Salam Jumaat...

Spill lagi tempat makan di kawasan Jalan Perak...Andy's Cafe X Event Space di Lower Lobby (LL) bangunan CIMB Hub..dulunya bangunan KN Kenanga. Main entrance CIMB Hub ialah dari Jalan Sultan Ismail.

Kalau dari Jalan Perak, kena ikut car park
Menyeberang jalan untuk ke car park P3
 
naik lif ke LL
 
ni dari Main Lobby, kena turun ke Lower Lobby
 
entrance Andy's Cafe X Event Space
 
Gerai Celop-Celop di depan pintu masuk
 
Di sini jual nasi campur, nasi ayam, ayam penyet dan goreng² (masakan panas). Luas tempat makannya sebab dia cater untuk event space juga

bahagian nasi campur
di hujung sana ada pentas, untuk pelamin
 

 

kaunter bayaran dan kaunter minuman
 
kaunter kuih-muih
 
ruang makan yang luas
 
mee goreng pattaya
 

nasi ayam cili
 
in term of harga makanan, reasonable juga..tapi nasi campur harga mahal
ntah kira macamana, ada yang kena sampai berbelas-belas ringgit 
sejak ramai yang kena, dah jarang makan nasi campur di sini

Selain daripada Andy's, ada dua outlet jual coffee di main lobby

Dosz

muffin & pastry di Dosz

Kohii & Co

Ada kedai runcit juga, jual waffle, coffee, tit-bits, jajan, keropok²..

Nampak best je lepak kat sini sambil baca buku..
 
tempat makan di luar, depan lif

Check it out kalau nak cari tempat makan di Jalan Perak

Wednesday, 21 August 2024

Restoran Hua Long Mee Tarik

Mee Tarik lagiii...hihi..

Restoran Hua Long Mee Tarik di PV128, Jalan Genting Klang...restoran baru, dulu pergi belum ada lagi..

the venue
 
 

 interior dalam restoran

Jom tengok menu

standard menu di restoran mee tarik
 
menu daging
 
my order - braised beef dao xiao noodles
diatas tu - organ dalaman lembu - paru, pedal berempah
 
mee dia lebar dan tebal..kenyang makan..
 
my sister order braised beef noodles
mee tarik biasa
 
minuman - chinese tea. order juga side snacks
 
sate kambing

fried dumplings

Jumlah bayaran RM57.30..oklah, reasonable harganya
 
Ini restoran mee tarik yang terkini yang saya dikunjungi, tak termasuk makan mee tarik di Asia City Cafe..yang tu dah banyak kali makan..
 
Di dalam blog ni, ada lagi 14 entry mengenai restoran mee tarik yang pernah saya kunjungi di Kuala Lumpur dan juga di Xi'an dan Beijing di China..
 
Jom lihat senarai..

1. 19 Ogos 2024 - Mee Tarik Mulanke Lan Zhou @ Sky Awani, Sentul
2. 31 Julai 2024 - Zhang Lala Mee Tarik @ Bukit Bintang
3. 22 Julai 2024 - Sunny Garden @ PV128, Jalan Genting Klang
4. 2 May 2023 - Restoran Lan Zhou Mee Tarik @ KLTS, Jalan Gombak
5. 7 Mac 2023 - Mee Tarik Warisan Asli @ Sogo KL
6. 27 Feb 2022 - Restoran Mee Tarik Kungfu Ramen @ Taman Melawati
7. 5 Nov 2021 - Restoran Chef Ma Mee Tarik @ Jalan Genting Klang
8. 22 Nov 2018 - Mi Tarik Silu @ Jalan TAR (dah tutup)
9. 20 Mac 2017 - China : Beijing - Sichahai & Olympic Park
10. 20 Disember 2016 - Xi'an - Finale
11. 15 Disember 2016 - Xi'an - Petang Jumaat di Muslim Quarter
12. 12 Disember 2016 - Xi'an - Muzium Qin Shi Huang & Mee Tarik
13. 23 Mei 2015 - Salam Noodles @ Cyberjaya
14. 30 Mac 2015 - Mee Xinjiang @ Mee Tarik Warisan Asli, PV128 (dah tutup)

Pertama kali makan mee tarik ialah di Restoran Mee Tarik Warisan Asli di cawangan pertama mereka di Sungai Besi, sebelum tahun 2015. Pernah juga makan di cawangan mereka di Jalan Dang Wangi (dah tutup) dan di Bandar Baru Bangi..
 
Begitulah berjodohnya dengan mee tarik...dulu, kini dan selamanya InsyaAllah..tak pernah jemu..sekian..