Assalamualaikum semua..kita mulakan bulan September dengan entri kenduri kahwin..
Bulan Ogos lepas, dapat 4 jemputan kenduri kahwin, Alhamdulillah. Kenduri bertarikh 3 Ogos, tak dapat pergi. Pagi ada hal, petang pula hujan..langsung malas pergi.
Pada 4 dan 10 Ogos, dua kenduri di Kota Damansara...menarik venue wedding..
Kenduri 4.8.24 - Saerah Exclusive Event Hall @ Strand Garden Office
Wedding hall ni ialah unit pejabat (lot tepi) di tingkat bawah bangunan pejabat
sedikit cramped, tapi just nice untuk small-scale wedding..
suka yang sweet2 cenggini
masuk je ke dalam dewan ni, tetiba MC announce pengantin dah sampai
tunggu pengantin masuk, nak snap gambar
pasangan pengantin yang dirai
Dah snap gambar pengantin, baru keluar ke tepi bangunan untuk ambil makanan
selain jamuan nasi, ada apam balik crispy dan ais krim sedap apam baliknya, guna nestum madu
jurukamera tengah setting kamera
cantik setting makan beradap menyerlah dengan background hitam
------------------------------------
Kenduri 10.8.24 - Dealova Sky Garden, Bangunan Sunway Lexis
Lokasi di rooftop bangunan
Keluar je lif, terserempak dengan rombongan pengantin
pandangan sisi khemah utama
Ada dua buffet banquet, Alhamdulillah, tak bersesak ambil makanan
cucur udang panas dan cendol
bahagian kuih-muih dan buah
Dah habis makan, kita snap-snap gambar dulu sebelum balik, jarang sekali naik rooftop shopping complex

Best juga kawasan rooftop ni
Alhamdulillah, dapat bersilaturahim dengan sahabat lama..
-------------------------------
Satu lagi kenduri pada 24 Ogos di Bagan Lalang, Sepang..
kita cerita di lain entry lah ya..