Monday, 2 September 2024

Dua Kenduri di Kota Damansara

Assalamualaikum semua..kita mulakan bulan September dengan entri kenduri kahwin..

Bulan Ogos lepas, dapat 4 jemputan kenduri kahwin, Alhamdulillah. Kenduri bertarikh 3 Ogos, tak dapat pergi. Pagi ada hal, petang pula hujan..langsung malas pergi.

Pada 4 dan 10 Ogos, dua kenduri di Kota Damansara...menarik venue wedding..

 Kenduri 4.8.24 - Saerah Exclusive Event Hall @ Strand Garden Office

Wedding hall ni ialah unit pejabat (lot tepi) di tingkat bawah bangunan pejabat 
sedikit cramped, tapi just nice untuk small-scale wedding..

suka yang sweet2 cenggini
 
masuk je ke dalam dewan ni, tetiba MC announce pengantin dah sampai
tunggu pengantin masuk, nak snap gambar
 
pasangan pengantin yang dirai
 
Dah snap gambar pengantin, baru keluar ke tepi bangunan untuk ambil makanan
 
shoot dari tempat makan
 
selain jamuan nasi, ada apam balik crispy dan ais krim
sedap apam baliknya, guna nestum madu
 
jurukamera tengah setting kamera
 
cantik setting makan beradap
menyerlah dengan background hitam
 
------------------------------------

Kenduri 10.8.24 - Dealova Sky Garden, Bangunan Sunway Lexis
 
Lokasi di rooftop bangunan 

Keluar je lif, terserempak dengan rombongan pengantin

pengantin yang dirai
 
khemah utama
 
pandangan sisi khemah utama
 
Ada dua buffet banquet, Alhamdulillah, tak bersesak ambil makanan 
 
cucur udang panas dan cendol
 
bahagian kuih-muih dan buah
 
Dah habis makan, kita snap-snap gambar dulu sebelum balik, jarang sekali naik rooftop shopping complex
 
 


Best juga kawasan rooftop ni
 
Alhamdulillah, dapat bersilaturahim dengan sahabat lama.. 
 
-------------------------------
 
Satu lagi kenduri pada 24 Ogos di Bagan Lalang, Sepang.. 
kita cerita di lain entry lah ya..

Friday, 30 August 2024

Port Sarapan & Lunch : Medan Selera @ Menara Bank Islam

Assalamualaikum...spill lagi tempat makan di kawasan Jalan Perak. Yang paling dekat, di sebelah pejabat je. Medan Selera di tingkat B1, Menara Bank Islam.

Menara Bank Islam
 
tangga ke Medan Selera
 
 
Medan Selera bersebelahan dengan Surau Jumaat
Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy
 
Hadis tentang kepentingan menuntut ilmu
 
medan selera bersaiz sederhana, ada 6 gerai
ada juga pejabat Kobimbing (koperasi Bank Islam)
 
gerai tempoyak patin & western
 
menu gerai western 
 
set patin tempoyak...sedap..RM15 je..
 
gerai nasi campur
 
gerai laksa, soto, nasi ayam
 
Selain tu ada gerai jual roti canai (sarapan pagi), nasi dagang & makanan panas (goreng²) dan gerai nasi ayam kunyit... Overall, harga makanan dan minuman disini yang paling murah, yang paling marhaen di kawasan ni..

Makan disini boleh dapat santapan rohani juga sebab selalu ada kuliah di surau sebelah..Alhamdulillah, dua² dapat..santapan jasmani dan rohani..
 
Check it out...

Wednesday, 28 August 2024

MaBoBa Thai Seafood @ Danau Kota

Sawadekapp..makan Thai foods di hari hujan di Taman Danau Kota..

Tujuan sebenar ke sini ialah nak menjamu selera di satu restoran Cina-Muslim. Restoran Anas namanya. Masa tengah pusing-pusing cari parking, hujan turun dengan lebatnya. Parking pun semua penuh. Stress betul cari parking disini. Tetiba masuk ke jalan besar. Ternampak cahaya lampu2 mentol gantung di gerai yang panjang di tepi jalan besar. 

Semua ahli rombongan bersetuju untuk makan disini saja. Malas dah nak cari parking di kawasan kedai. Alhamdulillah, disini banyak tempat parking..

Gerai-gerai di tepi jalan besar
 
Jam baru pukul 4.00 petang. Mereka sedang buat persiapan untuk buka kedai. Lagi satu jam, buka pukul 5.00 petang. Jalan-jalan dulu, buat survey, tengok gerai apa yang ada..

ada macam-macam gerai..lupa dah..

Duduk menunggu di gerai yang pertama..MaBoBa Thai Street Food. MaBoBa ni ada juga restoran dekat kawasan kedai diseberang jalan..
 

Ada 2-3 gerai join sekali
 
gerai penkek pisang dari Krabi
 
menu penkek= macam2 inti ada
 
Jom tengok menu yang dipesan.. 

menu minuman & dessert
 
penkek pisang ori..enakk..
 
kerabu mangga..banyak kacangnya..
air green tea lemon dan nescafe ais
 
enakkk
 
sup tulang
 
kerabu mangga dan sup tulang tu dimakan dengan nasi putih. Tapi memandangkan nasi putih nya datang lambat, kita ratah dulu dua menu ni

pad thai
 
Overall, oklah masakannya, sedapp..harga pun reasonable..