Wednesday, 4 September 2024

Live Update 2 : Kena Langgar

 Allahu..malang tak berbau..

Kereta kena langgar belakang kat Federal Highway 😭

Sekarang ada di sini, nak buat report



Letih nunggu, ramai lak yang accident hari ni

Nampak sikit je kena, sekali kos repair RM8K++

Claim insurance si dia yg langgar

Pengalaman pertama 🙃

Live Update : JKPTG, Klang

 Ada di sini pagi ni

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG)

Bandar Baru Klang

 
Perbicaraan pengambilan tanah untuk projek ECRL Fasa 2
extension route Bentong - Port Klang

Semoga dipermudahkan urusan..amiin..

Tuesday, 3 September 2024

SeaPoint - Ikan Bakar Kayangan

Assalamualaikum..

Kisah di bulan Julai. Pergi berbekam di Akubekam, Taman Tun Dr Ismail. Dah habis bekam, kita cari makan pula..dah tengahari. Ternampak restoran ni di lot hujung, sederet dengan Akubekam. Restoran SeaPoint. Jom kita riki-riki...

the venue
 
Sebelum masuk, tengok-tengok dulu buku menu kat luar
oo..menu seafood..ada ikan bakar..jom try..pasta pun ada
 
suasana dalam restoran
 
Tiada pelanggan lain dalam restoran, cuma saya sorang je
rasa macam waiter tu perati kita je
 
buku menu..nak snap gambo rasa segan
terasa salting (salah tingkah)

banyak restoran rupanya

Jom tengok apa yang diorder

kerabu mangga (ada 4 ekor udang), cutlet ikan, air lai chi kang & kacang masin
 
kerabu mangga, lai chi kang, kacang masin
 
fish cutlet
 
 
 
main dish - ikan pari bakar dibumbu pedas manis. siap ada hiasan lada benggala, dalam tu ada sebiji bawang dan hirisan lobak merah
ikan ni kira ikut berat, kena timbang, lada benggala tu pun aku kekah
buat ulam, sebab yang warna kuning ni paling tinggi anti oksidan

tiga jenis sambal pencicah
 
Selalunya kalau makan ikan bakar, tempat yang terbuka
ada asap2, panas2, dengan suasana riuh-rendah
kali ni lain pulak rasanya, dahlah sorang je dalam resto ni, sunyi-sepi
 
ikan bakar pula dihidang cenggitu..siap ada dekorasi..haha..
yang paling tak best, bila nak makan nasi, akan ada bunyi
lagaan sudu garpu dengan pinggan, pinggan jenis stone yg kasar
hentam sajalah labu.. dah habis control...hihi..
 
The verdict : 
Kerabu mangga sedap, cutlet ikan sedikit masin, main dish bolehlah, nak kata wow tu idokler..3 sambal tu sedap..lai chi kang pun biasa je, takleh lawan lai chi kang Dapur Dusun yang banyak ramuan..
 
Total damage:
 
Tak habis makan, tapau bawa balik, harga untuk 2x makan
 
cukuplah sekali, kalau nak makan ikan bakar
lagi sedap yang normal setting & suasana, baru syok makan..
makan pula dengan tangan, baru layan kannn..