Monday, 9 September 2024

Aktiviti Hiliran Selepas Makan Kenduri

Sambung kisah di Sepang. Selepas makan kenduri, kami pun merayap pi pantai Bagan Lalang..

Alang-alang dah sampai Bagan Lalang, haruslah jejak kaki ke pantai nya...akitiviti hiliran..tengahari buta, pukul 12.42 berada ditepian pantai..

the venue
 
 

ramai juga pengunjung pantai..ada beberapa kumpulan sedang buat aktiviti
sukaneka / team building 
 
di seberang jalan, ada banyak gerai-gerai jualan

air viral - jeli limau asam boi
 
singgah beli ayam goreng Muiz 


sedap juga ayam goreng Muiz ni
 
on the way keluar dari Kampung Bagan Lalang
singgah di gerai jual buah naga..memang di Sepang 
ada banyak ladang buah naga
 
ada sebiji RM1.00, ada yg RM2.00
 
on the way nak masuk highway, lalu tepi Mitsui Outlet Park
melencong masuk Mitsui pula
banyak outlet buat sale sempena sambutan merdeka
terjebak beli sport shoes & cincin Pandora
 
my first Pandora thing..cukuplah satu..

begitulah aktiviti di Sepang..dari kenduri hingga ke shopping
 
Alhamdulillah

Friday, 6 September 2024

Kenduri di Bagan Lalang, Sepang

Salam Jumaat..

Sambung cerita gi kenduri di bulan Ogos..kenduri pada 24.08.24 di Bagan Lalang, Sepang..

Jauh perjalanan..lalu tepi KLIA dan Sepang International Circuit...nampak kapalterbang nak landing, tak sempat nak snap gambo...

Kenduri di Camar Laut Resort, pusat latihan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)..dekat dengan pantai Bagan Lalang..

the venue
 
kenduri di dewan utama. Ada juga khemah diluar dewan
 
dewan utama
 
Alhamdulillah, ada dua banquet hidangan, di dalam dan diluar dewan
kita pergi yang dalam dewan, gather² dengan kawan² kakak
 
 

pelamin 
 
banquet makanan utama
menu nasi biasa je, ayam masak merah, daging masak hitam
cuma ada tambahan masak lemak nenas ikan masin
 
minuman - air kelapa & air lemon
 
dessert table pula. yang ni menarik..
 
list of menu..banyaknya..
 
meriah dengan kuih-muih tradisional, kuih moden, jajan & hiasan
sedap² kuih-muih nya
 
makan di meja diluar di bahagian tepi dewan
diatas meja ada dihidang sebekas kuih tausa piang
 
inti kacang merah
 
dessert pilihan hati
 
2 jenis kuih talam, kuih kasui gedik berlauk, kuih cara berlauk, 
brownies, mini burnt cheese cake, cheese tart, sepotong buah oren
 
kita tengok pula menu dessert di khemah di luar
 
dessert table
 
cantik pula disusun macam ni
 
lain pula kuih-muih nya
 
ada bihun sup, air sirap limau, teh O ais limau
 
Ada juga outlet ais krim dan keropok lekor
 
Puas hati betul kenduri macam ni, macam² ada..
 
Alhamdulillah...berbaloi datang dari jauh..
terima kasih tuan rumah

Thursday, 5 September 2024

Port Sarapan & Lunch : Bramble

Assalamualaikum..sambung entry port makan-makan di Jalan Perak. Kali ni port tepi Menara Bank Islam, side walk cafe..Bramble namanya.

 Pandangan dari jauh
 
 
Pandangan sisi

Pandangan depan
 
pandangan dekat
 
Sliced cakes and croissant
sedap keknya..harga RM12 sepotong
 
kek, pastri & drinks
 
First time beli hazelnut latte disini, harga RM19..huhu..
ingatkan kedai biasa-biasa je..haha..terus cop 'kedai mahal'..

menu drinks..hot lemon tea pun harga RM12
 
Ada satu hari nak makan tengahari di sini..
 
spanish latte

pasta - lamb stroganoff
 
total damage
 
Kawan order asam pedas daging
 
 

set asam pedas daging
 
Overall, sedap masakannya..
 
Sesekali bolehlah kan, tukar selera...harga tak menahan.. 
-----------------------------
seat banyak juga..

tempat duduk
 
Check it out...