Friday, 4 October 2024

Tak semua emas itu bersinar...

ada juga emas putih (platinum)

tapi hakikatnya, warna emas tu bling-bling, bersinar-sinar 

samalah dengan ikan emas

ada pelbagai warna, tak semua berwarna keemasan/merah

semalam ada kerja di Hospital Pakar KPJ Tawakkal 

ada akuarium besar dekat lobby, ralit tengok ikan emas

akuarium ikan emas
 
info mengenai ikan emas yang ada dalam akuarium
species ikan carp, asal dari negara China
 
comel jer muka ikan ni
 
golden fish
 
ada goldfish warna putih
 
goldfish warna hitam
 
syok je tengok ikan berenang..satu terapi..
 
ok, semua..selamat beristirehat di hari minggu

Thursday, 3 October 2024

Restoran di Jalan Durian, Meru, Klang

Hari tu ada site inspection di Meru, Klang. Untuk lunch, merayau-rayau dalam kampung, cari restoran. Masuk Jalan Durian, ternampak kedai ni, nampak menarik dengan langsir putih. Jom singgah.

 

restoran takde nama
 
ada nasi campur sahaja
 
petang2 ada tauhu goreng, otak-otak Kempas
jauh tu, dari Johor datangnya
 
suasana sejuk, banyak pokok2 hijau
 
ayam rendang & sayur jantung pisang masak lemak
sedapp..
 
Yang ni pula Red Houz Bakery..beli kuih tart Azlina Ina di sini
 
Taman Meru Permai

 Banyak kedai makan di kawasan kampung ni...
dulu dah explore di Jalan Kopi, kena explore lagi nampak gayanya.. 

InshaaAllah, ada lagi, kena datang Meru..

Monday, 30 September 2024

Temerloh - Titik Tengah Semenanjung

Assalamualaikum..pada hari Jumaat 13.09.24, berkelana ke Temerloh, Pahang - bandar ikan patin dan titik tengah semenanjung...

simpang tiga nak masuk ke plaza tol Temerloh
 
Mula² cadang nak balik KL selepas event, tapi rasa malas pula sebab event habis lambat. Malas nak drive malam². Last minit cari hotel di Temerloh.
 
berkenan dengan Green Park Hotel, tapi twin sharing rooms semua dah sold out
yang tinggal family room je, Alhamduillah..
 

cantik kawasan hotel, macam resort

Ada dua pilihan, apartment block dan hotel block

apartment block

hotel block

Jom tengok bilik hotel

family room - Alhamdulillah, sangat selesa
Ada connecting room
 
toilet - ok jer

Check out hari Sabtu, 14.09.24
Depan reception area, ada icon bandar Temerloh

ikan patinnn..
 
Jom pi makan tempoyak ikan patin..
makan di Restoran Potrodong Claypot Patin Tempoyak
Jalan Persiaran Damai 1, dekat je dengan hotel 

the venue
 
besar restorannya..
selain ikan patin, ada juga menu ikan talapia, ikan keli
 
nasi putih & patin tempoyak
 
patin tempoyak bahagian ekor
 
ulam raja & budu..air barli ais
order juga sayur campur
 
dalam box putih tu ada ulam²an dedaun hijau - ulam raja, daun selom, salad
atas meja ada petai, jantung pisang, budu
 
 Alhamdulillah, sedap patin tempoyak..harga RM31.00..

on the way ke plaza tol, tengok ramainya customer di Go Bang Maju dan Along Patin Tempoyak..bersusun kereta, femes betul dua kedai ni...next time boleh try..