Friday, 4 October 2024

Live Update : De'Kenduri, off Jalan Yap Kwan Seng

 Berada di sini lepas kerja

Merewang untuk kenduri sepupu esok

Venue : De'Kenduri Hall

Persiaran Lidcol, off Jalan Yap Kwan Seng

Tugasan : ikat telur kat bunga pahar


Masuk telur dalam kotak


Yang lain siapkan hadiah utk para tetamu
Berkumpul bapa/emak/anak saudara

Sepupu sepapat & cucu²..


Dinner nasi lemak

Hujan malam


Tak semua emas itu bersinar...

ada juga emas putih (platinum)

tapi hakikatnya, warna emas tu bling-bling, bersinar-sinar 

samalah dengan ikan emas

ada pelbagai warna, tak semua berwarna keemasan/merah

semalam ada kerja di Hospital Pakar KPJ Tawakkal 

ada akuarium besar dekat lobby, ralit tengok ikan emas

akuarium ikan emas
 
info mengenai ikan emas yang ada dalam akuarium
species ikan carp, asal dari negara China
 
comel jer muka ikan ni
 
golden fish
 
ada goldfish warna putih
 
goldfish warna hitam
 
syok je tengok ikan berenang..satu terapi..
 
ok, semua..selamat beristirehat di hari minggu

Thursday, 3 October 2024

Restoran di Jalan Durian, Meru, Klang

Hari tu ada site inspection di Meru, Klang. Untuk lunch, merayau-rayau dalam kampung, cari restoran. Masuk Jalan Durian, ternampak kedai ni, nampak menarik dengan langsir putih. Jom singgah.

 

restoran takde nama
 
ada nasi campur sahaja
 
petang2 ada tauhu goreng, otak-otak Kempas
jauh tu, dari Johor datangnya
 
suasana sejuk, banyak pokok2 hijau
 
ayam rendang & sayur jantung pisang masak lemak
sedapp..
 
Yang ni pula Red Houz Bakery..beli kuih tart Azlina Ina di sini
 
Taman Meru Permai

 Banyak kedai makan di kawasan kampung ni...
dulu dah explore di Jalan Kopi, kena explore lagi nampak gayanya.. 

InshaaAllah, ada lagi, kena datang Meru..