Saturday, 5 October 2024

Kuih Bulan @ Baker's Cottage

 Ada satu hari tu singgah di Baker's Cottage
depan KPJ Tawakkal, hasrat hati nak beli ayam bakar yang femes tu..

tapi biasalah kan, terbeli juga yang lain² juga..hihi..

ada promosi grilled chicken, seekor RM16.99
 
cantik beg kertasnya
 
dorayaki & kuih bulan matcha
dorayaki inti strawberi
 
sedap kuih bulan ni..inti kacang merah & matcha
 
ayam panggang black pepper..sos bawang putih yg enak..seksi pulak ayam ni..

Tengah lepak² di De'Kenduri..

Friday, 4 October 2024

Live Update : De'Kenduri, off Jalan Yap Kwan Seng

 Berada di sini lepas kerja

Merewang untuk kenduri sepupu esok

Venue : De'Kenduri Hall

Persiaran Lidcol, off Jalan Yap Kwan Seng

Tugasan : ikat telur kat bunga pahar


Masuk telur dalam kotak


Yang lain siapkan hadiah utk para tetamu
Berkumpul bapa/emak/anak saudara

Sepupu sepapat & cucu²..


Dinner nasi lemak

Hujan malam


Tak semua emas itu bersinar...

ada juga emas putih (platinum)

tapi hakikatnya, warna emas tu bling-bling, bersinar-sinar 

samalah dengan ikan emas

ada pelbagai warna, tak semua berwarna keemasan/merah

semalam ada kerja di Hospital Pakar KPJ Tawakkal 

ada akuarium besar dekat lobby, ralit tengok ikan emas

akuarium ikan emas
 
info mengenai ikan emas yang ada dalam akuarium
species ikan carp, asal dari negara China
 
comel jer muka ikan ni
 
golden fish
 
ada goldfish warna putih
 
goldfish warna hitam
 
syok je tengok ikan berenang..satu terapi..
 
ok, semua..selamat beristirehat di hari minggu