Thursday, 30 January 2025

Kenduri @ De'Kenduri

 Majlis di bulan Oktober 2024...
kenduri sepupu lelaki, anak pakcik..
simpan disini untuk kenangan

Sambung dari entry Live Update : De'Kenduri, off Jalan Yap Kwan Seng

Di hari kejadian, kami pun berkumpul di tempat kenduri @ De'Kenduri

Alhamdulillah, disebelah tempat kenduri, ada lot kosong yang dijadikan tempat letak kereta

The venue
 
 venue kenduri ni ada dua buah banglo - 
satu untuk tempat makan dan bersanding dan satu lagi untuk pengantin bersiap
 
banglo untuk pengantin bersiap-siap
 
menuju ke banglo tempat makan & pelamin
 
pasangan mempelai yang diraikan - Hazril & Suhailah
 
Mari kita lihat suasana di luar banglo, walaupun nampak kecil kawasannya
tapi muat dan selesa untuk side dishes
 
kek & kuih-muih
 
kawasan untuk side dishes & juga tempat duduk diluar
 
laksa utara
 
tempat duduk diluar
 
taufu fa
 
hiasan barangan vintage
 
telefon lama, talam lejen
 
cendol
 
apam balik disukai ramai
 
cenderahati untuk tetamu yang hadir
dalam box tu ada kek marble yang marvellous
sedappp

penyambut tetamu

Jom masuk ke ruang hidangan dan pelamin

hidangan utama, menu biasa kenduri catering
daging masak hitam, ayam masak merah, ulam2an, sambal belacan, ada tambahan sambal sotong
 
pelamin tersergam indah
 
tetamu yang hadir
 
Jom keluar semula, melihat perarakan pengantin
 
 
Pasangan mempelai
 
bersiap sedia

kompang boys

raja sehari tengah bersanding

kompang boys main tepi pelamin

pasangan mempelai

Kemudahan surau lelaki & perempuan ada disediakan
 
Alhamdulillah, selamat sudah..

Wednesday, 29 January 2025

Lijiang, China : Suasana Malam di Old Town

 
Suasana malam di Old Town Lijiang dilimpahi dengan gemerlapan cahaya
 
Kita ikut jalan tepi sungai kecik..
di sepanjang sungai ada banyak restoran yang dihiasi dengan tanglung dan lampu
 

 menghampiri market square

ramai menuju ke Sifang Square

sampai di Sifang Square, ramai orang berkumpul di bahagian tengah...
ada acara menari beramai-ramai dalam bulatan oleh etnik Naxi..
kaum wanita etnik ni menyanyi lagu kaum mereka
 
menari dalam bulatan
 
etnik Naxi dalam pakaian tradisional mereka
 
video acara ni..
 

 
bergerak semula, menuju ke hotel
 
lorong yang dihiasi payung
 
market square kecik
 
 menyanyi di tingkat atas kedai
memang trend macam ni disini
 
kedai jual chili flakes
 
singgah beli air buah delima

10 yuan = RM6.30
 
------------------------------------------------------
 
Dah sampai di hotel, keluarkan buah-buahan yang dibeli 
 
 
hasil tangkapan 
 
 buah ren shen guo, beli di kedai runcit sebelah restoran
rasa macam buah tembikai susu (honeydew)
tapi yang ni lebih lembut dan juicy

dua buah yang pelik

macam ni lah rupa paras buah pelik itu
yang kuning tu rasa macam timun
 

Alhamdulillah, hari pertama di Lijiang...

Tuesday, 28 January 2025

Lijiang, China : Makan Hotpot Cendawan

 

Nihao...sambung kisah di Lijiang, China..

acara makan-makan, lunch-cum-dinner...

Kami decided nak makan hotpot cendawan di restoran ni

Restoran Cang Feng namanya, ada logo halal
 
oklah, tak berapa ramai pelanggan
 
ambik seat di sudut belakang, ditepi jalan
 
How to order? semua tulisan cina, alamak, ni yang payah, sib baik waiter tu baik
dia cadang kami ambik set yang popular, yang biasa pelanggan order
oklah, harga pun reasonable
 
Atas meja dah tersedia bungkusan ni
 
apakah yang dibungkus itu?
 
mangkuk, piring, cawan
 
Waitress datang bawa bahan-bahan hotpot
teruja tengok bahan-bahannya
 
dibawah cendawan, diatas sayur, mi dan ayam

teh cina satu jug

pelbagai jenis cendawan

cendawan dituang dalam pot besar

dimasukkan ayam pula
semua ini kena rebus dalam masa 20 minit
siap bagi alarm clock, akan dengar bunyi alarm
di meja-meja pelanggan lain

sementara tunggu masak, kita pi ambik sos

pelbagai jenis sos, macam hotpot di Malaysia juga

masih menunggu

suasana di luar restoran, CCTV di tengah jalan

pelanggan semakin ramai

the end
 
Alhamdulillah, habis jugalah kami makan
 
The verdict : Secara jujurnya, takdelah sedap sangat, biasa-biasa je
quite bland, sup nya tawar, ayamnya keras. 
overall, oklah, pengalaman makan hotpot di China...haha..
 
Dah habis makan, masuk semua ke old town untuk balik ke hotel..
kita tengok suasana malam di old town..