Salam Jumaat...salam 6 Ramadan..
Sambung balik citer travel ke daerah Yunnan, China....sikit lagi nak habis..
Kami selamat sampai di Kunming city pada petang Sabtu, 26.10.2024. Kali ni menginap 2 malam di James Joyce Coffetel di Huguo Road..ke arah timur dari Hotel Comfort Inn (hotel pertama kami di Kunming). Saja nak tukar environment..
Pertama kali tahu hotel ni bila ada Malaysian traveller yang up video di tiktok. Pertama kali tengok, dah terbekenan..menarik nama hotel ni, ada banyak buku..
Masa nak booking hotel untuk 2nd leg di Kunming city, hotel ni jadi pilihan pertama. Bila survey2, rupanya ada 2 JamesJoyce Coffetel di Kunming. Satu dekat dengan stesen keretapi Kunming dan satu lagi yang ni, lokasinya di tengah bandar Kunming...Alhamdulillah, hotel ni dekat juga dengan stesen metro..
Ingatkan James Joyce tu nama founder hotel ni, rupanya bukan. Bila baca dalam blog Ujie, baru tahu siapa James Joyce tu. Rupanya seorang novelist, poet dan juga pengkritik sastera berbangsa Irish...patutlah banyak buku di lounge hotel ni...
lounge yang besar..ada rak buku

suasana di waktu pagi, guest nak check out
tempat photoshoot...ada gramaphone..
Jom tengok bilik..selesa biliknya..modern style..
Dah freshen up, solat dan makan nasi goreng Dali, kami keluar untuk
meronda Kunming city di malam minggu
on the way ke Nanping Pedestrian Street
pintu gerbang Chinese style
manhole di Nanping Pedestrian Street
Ramai orang keluar bersiar-siar di malam minggu
Nanping Pedestrian Street ni ditutup, kita berjalan ikut arus manusia
menuju ke satu lagi pedestrian street
Bersambung..