Wednesday, 7 May 2025

Western Sodok - Chicken Chop Station

 Assalamualaikum semua...

Western sodok? sodok bubuh dalam pinggan..

Lunch western foods di Chicken Chop Station 

cawangan di Wisma Cosway, ni 2nd branch

kedai first di Wisma Central, Jalan Ampang, yang viral di tiktok

lunch time di chicken chop station
 
senarai makanan dan harga
 
deretan makanan
yang depan ni spageti kuah bolognese & carbonara
ada juga macaroni
 
 bikin ngences!! jom tengok menu yang lain
 
mixed vege, mashed potato, coleslaw
 
mushroom dan blackpepper sauce
 
ayam goreng, ayam grilled, spaghetti telur masin
 
french fries, onion ring, meatball, jumbo sausage

 meh tengok apa yang kami ambil
 
ayam grill, meatballs, mashed potato, vege
harga RM19 termasuk air sunquick
 
air sunquick tu harga RM1.00 (refillable)
 
spagheti telur masin, grilled chicken, vege
harga RM20 termasuk air sunquick
 

 Alhamdulillah, sedap semua makanan...boleh repeat nih..
 
kawan saya dah repeat hari Sabtu, kami pergi hari Jumaat..hehe..

Tuesday, 6 May 2025

Lifesaver Defibrilator

 Suka tengok bangunan yang ada benda ni...
maknanya Building/Property Manager peka 
tentang pentingnya ada alat ni dalam bangunan
kalau perasan, tak semua bangunan ada benda ni...
 
Defibrilator Luaran Automatik 
Automated External Defibrilator (AED)

alat untuk merawat jantung berhenti berfungsi
 
bila ada orang jatuh pengsan, tak boleh bernafas (cardiac arrest)
selain pemulihan pernafasan (CPR), menggunakan alat ini juga
membantu memulihkan jantung berhenti

ini di Sunway Putra Mall

ada video

Cara-cara menggunakan AED...
alat ini menganalisa keadaan pesakit secara automatik 
kita kena ikut arahan AED

di Menara Bank Islam, ikut warna tema Bank Islam

Block E, The Five @ Damansara Heights
 
Jagalah kesihatan jantung, semoga sihat sampai ke akhir hayat..

Sunday, 4 May 2025

Jualan Rahmah

 Salam hujung minggu..

Dah banyak kali Jualan Rahmah diadakan dekat dengan kawasan rumah

tapi selalu je terlepas. Kali ni dapat info awal, so kita pun bersiap-sedia..

 jualan sebelum Raya haritu

jualan diadakan dibawah khemah ni
 
mak saya yang pi ambik nombor, kategori warga emas
depa bagi keutamaan kpd warga emas, pendek je barisan..Alhamdulillah..
 
auntie depan ni beli banyak juga
 

Alhamdulillah, dapat lah diskaun untuk barang-barang keperluan

Pertama kali saya beli di 'Jualan Rahmah'..