Friday, 9 May 2025

Cinnamon Rolls sedap @ Menara Multi-Purpose

 Terjumpa outlet jual Cinnamon Rolls ni..
di Menara Multi-Purpose, semasa pergi pejabat musuh..hihi..
 
sebab musuh lantik kita buat penilaian, maka musuh dah bertukar jadi client 
sebab musuh takleh buat, ada conflict of interest
 
auditor nak jumpa, nak tanya tentang pengiraan penilaian
tapi seronok juga bila client pun sama industri - 'I know what you're doing'
the line of thinking tu sama, so client pun boleh explain to auditor 

lama juga discussion dengan auditor, melebihi lunch time
langsung craving yang manis-manis
 
nampak pula outlet nih masa nak balik office
so, kita singgahlah tengok mana2 yang berkenan

dari jauh dah nampak, kat atas tu, ada tulis harga
satu RM13.90, dua RM27.80
ingatkan beli dua dapat le diskaun, rupanya sama je harganya
bikin keliru je..hihi..senang kan, takyah congak2 kira 
ramai kot yang beli dua biji..haha..
 
macam2 topping ada
 
yang ni yang ori

 saya beli dua biji...sebab dah tau harga...hehe..
 
memang sedap..

Thursday, 8 May 2025

Hi-Tea Inspirasi NGO Wanita

 Kisah pada 8.2.2025
 
Majlis Hi-Tea Inspirasi NGO Wanita 
 
berlangsung di Dewan Seminar KOHILAL
Diamond Square, Jalan Gombak 

 Tema : Melayu Klasik
 
 
 papan 'selamat datang'
 
 
PIC Hiasan sedang mendeco...banyak betul prop dia..
 
door gifts - tisu, jajan & bunga rampai ditabur-tabur
 
pelbagai warna tisu brand 'joyful'
 
photo booth
 
Jom tengok menu-menu yang disediakan
 
ada laksa utara, mihun soto, lemang,
pulut kuning, rendang, kuih-muih, buah2an
 
pulut kuning dan rendang
 
kuih-muih
 
nasi lemak bungkus, bubur biji nangka
 
my serving
 
seronok bila semua pompuan, bolehlah kita berkaraoke
pengerusi program menghiburkan para tetamu
 
selain acara makan-makan, ada cabutan bertuah dan
juga hadiah untuk pakaian mengikut tema
 
pemenang cabutan bertuah
 
pemenang pakaian mengikut tema Melayu klasik
yang dua orang bertudung pink dan putih ni pun pemenang
pakaian tercantik mengikut tema
 
 Alhamdulillah, majis berjalan lancar,
ukhuwah terjalin, semua gembira..

Wednesday, 7 May 2025

Western Sodok - Chicken Chop Station

 Assalamualaikum semua...

Western sodok? sodok bubuh dalam pinggan..

Lunch western foods di Chicken Chop Station 

cawangan di Wisma Cosway, ni 2nd branch

kedai first di Wisma Central, Jalan Ampang, yang viral di tiktok

lunch time di chicken chop station
 
senarai makanan dan harga
 
deretan makanan
yang depan ni spageti kuah bolognese & carbonara
ada juga macaroni
 
 bikin ngences!! jom tengok menu yang lain
 
mixed vege, mashed potato, coleslaw
 
mushroom dan blackpepper sauce
 
ayam goreng, ayam grilled, spaghetti telur masin
 
french fries, onion ring, meatball, jumbo sausage

 meh tengok apa yang kami ambil
 
ayam grill, meatballs, mashed potato, vege
harga RM19 termasuk air sunquick
 
air sunquick tu harga RM1.00 (refillable)
 
spagheti telur masin, grilled chicken, vege
harga RM20 termasuk air sunquick
 

 Alhamdulillah, sedap semua makanan...boleh repeat nih..
 
kawan saya dah repeat hari Sabtu, kami pergi hari Jumaat..hehe..