Monday, 12 May 2025

Drama China : The Fearless (2023)

Nihao..seronok kan cuti hari ni...jom review drama cina, legal genre..

Drama dari mainland China, kisah lawyer², kisah office politik dalam firma guaman, sesi mahkamah, kisah penyondol, pelakor (perampas laki orang). Tayangan di iQiyi.

Banyak juga legal drama yang dah saya tengok - drama Korea, China, US, Arab. Semuanya best tapi suka plot drama ni. Seimbang plotnya diantara kisah kehidupan dan juga kes2 guaman....

Watak utama dalam drama ni ialah dua orang peguam wanita. Kebanyakan kes2 dalam drama ni ialah berkaitan dengan wanita. Mungkin juga penulis skripnya ialah wanita....

Drama mengisahkan female lead, Luo Yingzi (LYZ), lakonan Rayzha Alimjan, mula bekerja sebagai peguam selepas lulus peperiksaan guaman di usia 28 tahun. Sebelum ni dia ialah seorang suri rumah..

Bermula saja LYZ jadi career woman, beliau dikejutkan dengan kes selingkuhan suami dengan kawan baik dia..dahsyat betul kesnya..

LYZ jadi intern di firma guaman

Suami LYZ, Liu Ming dan selingkuhannya dah lari ke luar negara, transfer semua duit ke luar negara, tukar nama founder syarikat suami kepada LYZ, tipu tandatangan LYZ untuk buat pinjaman bank dan pinjaman 'ahlong'. Kiranya suami LYZ tinggalkan hutang yang banyak kepada LYZ. 

Disebabkan suami dah lari ke US, LYZ bersemuka dengan ibubapa mertua. Mereka ni sangatlah toxic dan sokong tindakan anak lelaki mereka sebab pompuan selingkuhan tu dah mengandung, langsung tak bagi kerjasama pada LYZ..


Mertua yang toxic

LYZ cool je. Dia lantik boss partner syarikat, Ms Fang jadi peguam dia. Bos dia cadang bawak kes ni under 'criminal case' dan buat report polis tapi LYZ tak nak, masih sayang lagi dengan suami dia, asyik teringat kisah cinta dia dengan suami. 

Banyaklah LYZ kena korbankan, rumah kena lelong, jual kereta..tapi yang paling best, dia jual rumah yang parent-in-law dia duduk..geram je tengok mak bapak suami dia...

Di pejabat pula, dia kena hadap bos lelaki yang toxic dan gatal..yang sailang kes orang bawahan dia, yang pilih kasih, yang buat sexual harrassment kat assistant dia..

boss LYZ yang gatal, yang perasan terpaling bagus
 
male lead dengan partner dia
 
Male lead drama ni peguam juga tapi jenis yang 'membujur lalu, melintang patah' sampai LYZ gelar dia 'scrupulous'. tapi part yg paling best bila LYZ suruh anak guaman dia ambik male lead jadi peguam untuk satu kes cerai, lawan dengan bos dia yang gatal tu, yang sailang kes ni sebab bos dia jadi peguambela untuk defendant. Sebelum pejabat buka, dah tunggu depan pintu, untuk daftar kes dia sbb nak sailang kes LYZ.

Overall, drama ni memang best, enjoyed both heart and mind tapi jenuh gak lah nak menghabiskan 40 episod. Sekarang ni tengah tengok season 2. Season 2 nama lain - The Unbreakable.
 
Recommended for viewing!!

Saturday, 10 May 2025

Program Bakul Berkat Ramadan 2025

 Assalamualaikum semua
nak abadikan program semasa bulan Ramadan 2025
 
Program diberi nama 'Bakul Berkat Ramadan'
sumbangan barangan dapur, wang tunai dan juga sepasang telekung
sumbangan khas untuk penerima wanita
 
Program berlangsung dalam 2 fasa
fasa 1 - kumpul semua penerima di satu dewan
dan sampaikan sumbangan, mana2 yang tak dapat hadir
kita pi hantar ke rumah
 
barangan dapur - ada sekampit beras, gula, tepung sos2, teh
harga barangan - RM50
 
yang dalam beg hijau ialah sepasang telekung baru
 
Alhamdulillah, untuk sumbangan telekung ni, kita dapat sumbangan telekung 
dan juga wang tunai daripada orang ramai
sumbangan wang tunai kita guna untuk beli telekung
 
sebahagian penerima yang hadir
 
Fasa 2 pula dibuat  di dua tempat - tempat 1 kumpul penerima
tempat 2 kita gi hantar ke rumah penerima
 
tempat 1 - Taman Wahyu
 
bakul berisi barangan dapur
 
Alhamdulillah, selesai di Taman Wahyu, bergerak ke tempat 2
di Taman Beringin, dekat je tapi di seberang sungai
takde short-cut, kena masuk ikut Jalan Kepong
 
Berkumpul di surau, sebelum bergerak ke rumah-rumah penerima
mana yang sakit, kita berikan 'kit pesakit'
 
 
bergerak dengan orang tempatan, mudah kerja
kawasan perumahan lama, jalan depan rumah kecik 
macam lorong belakang..
 
Allahu..ada 3-4 rumah yang ada pesakit terlantar,
sabar orang yang menjaga..Masyaallah, Tabarakallah..
 
mencabar sungguh beraktiviti macam ni di bulan puasa..
2 rumah terakhir, teman dah tak larat..
tunggu dalam kereta..huhu..

Alhamdulillah diatas kerjasama yang diberikan..

Friday, 9 May 2025

Cinnamon Rolls sedap @ Menara Multi-Purpose

 Terjumpa outlet jual Cinnamon Rolls ni..
di Menara Multi-Purpose, semasa pergi pejabat musuh..hihi..
 
sebab musuh lantik kita buat penilaian, maka musuh dah bertukar jadi client 
sebab musuh takleh buat, ada conflict of interest
 
auditor nak jumpa, nak tanya tentang pengiraan penilaian
tapi seronok juga bila client pun sama industri - 'I know what you're doing'
the line of thinking tu sama, so client pun boleh explain to auditor 

lama juga discussion dengan auditor, melebihi lunch time
langsung craving yang manis-manis
 
nampak pula outlet nih masa nak balik office
so, kita singgahlah tengok mana2 yang berkenan

dari jauh dah nampak, kat atas tu, ada tulis harga
satu RM13.90, dua RM27.80
ingatkan beli dua dapat le diskaun, rupanya sama je harganya
bikin keliru je..hihi..senang kan, takyah congak2 kira 
ramai kot yang beli dua biji..haha..
 
macam2 topping ada
 
yang ni yang ori

 saya beli dua biji...sebab dah tau harga...hehe..
 
memang sedap..