Assalamualaikum semua
nak abadikan program semasa bulan Ramadan 2025
Program diberi nama 'Bakul Berkat Ramadan'
sumbangan barangan dapur, wang tunai dan juga sepasang telekung
sumbangan khas untuk penerima wanita
Program berlangsung dalam 2 fasa
fasa 1 - kumpul semua penerima di satu dewan
dan sampaikan sumbangan, mana2 yang tak dapat hadir
kita pi hantar ke rumah
harga barangan - RM50
Alhamdulillah, untuk sumbangan telekung ni, kita dapat sumbangan telekung
dan juga wang tunai daripada orang ramai
sumbangan wang tunai kita guna untuk beli telekung
Fasa 2 pula dibuat di dua tempat - tempat 1 kumpul penerima
tempat 2 kita gi hantar ke rumah penerima
Alhamdulillah, selesai di Taman Wahyu, bergerak ke tempat 2
di Taman Beringin, dekat je tapi di seberang sungai
takde short-cut, kena masuk ikut Jalan Kepong
Berkumpul di surau, sebelum bergerak ke rumah-rumah penerima
mana yang sakit, kita berikan 'kit pesakit'
bergerak dengan orang tempatan, mudah kerja
kawasan perumahan lama, jalan depan rumah kecik
macam lorong belakang..
Allahu..ada 3-4 rumah yang ada pesakit terlantar,
sabar orang yang menjaga..Masyaallah, Tabarakallah..
mencabar sungguh beraktiviti macam ni di bulan puasa..
2 rumah terakhir, teman dah tak larat..
tunggu dalam kereta..huhu..
Alhamdulillah diatas kerjasama yang diberikan..
Alhamdulillah diatas kerjasama yang diberikan..
Di kariah saya buat setiap minggu. Mula-mula 10 biji rumah kami hantar sumbangan, kini sudah 20 biji rumah. Saya follow dari tahun 2021 hingga kini. 😊
ReplyDeletebagus dibuat setiap minggu, Alhamdulillah...istiqomah 4 tahun lamanya..
DeleteAlhamdulillah rezeki penerima.
ReplyDeleteAlhamdulillah...ramai penyumbang...
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki untuk para penerima.
Alhamdulillah, rezeki kpd yg memerlukan...
DeleteAlhamdulillah murah rezeki yang menerima. Moga yang memberi juga murah rezeki selamanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sama-sama memberi dan menerima..
DeleteBagus lah kalau program macam ni di perluas ke seluruh Malaysia
ReplyDeleteada NGO, masjid, surau & persatuan2 di seluruh Malaysia..yang buat kerja amal mcm ni..terutama di bulan puasa...meraikan mereka yg memerlukan..
DeleteBagus aktiviti ini. Semuga rezeki pemberi di murahkan rezeki
ReplyDeleteamiin2...rezeki kita kongsi bersama..
DeleteAlhamdulillah bagus aktiviti seperti ini :D
ReplyDeleteAlhamdulillah..ramai yg menyumbang wang ringgit & tenaga utk program ni..
Delete