Salam Jumaat..
Orang nak bakar lemak, kita makan lemak bakar....hehe..makan nasi kerabu di dua outlet berbeza, ada lauk lemak, satu lemak bakar, satu lemak goreng kunyit kot...rare nih, jarang jumpa..so kita pun try..
Klate @ Taman Koperasi Polis Fasa 2
restoran baru juga ni
besar portion nya, banyak sambal kelapa, taugeh, keropok
harga RM8.00
Sedap giler nasi kerabunya, sambal kelapa begitu terasa
lauk lemak pun enak banget..
Kak Zah Nasi Berlauk @ Kampung Batu Muda
bersambung dengan dewan orang ramai
ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi putih
nasi minyak dihujung minggu sahaja
ada bihun sup, mi kari juga
nampak jeruk bawang putih
dalam periuk besar tu gulai nasi dagang
kuih-muih - beli boko ubikayu yang tinggal satu sedap - tak keras, tak lembut, sedang2 saja
nasi kerabu lemak bakar - RM10.00 lemak dihiris nipis
the verdict - bagi saya, biasa je rasanya..
lemak bakar tu tak berapa menyerlah rasanya
boleh repeat kedai nih, cuba menu yang lain pula