Saturday, 16 August 2025

JJCM di Pantai Dalam

 Salam hari Sabtu...selamat berehat di hujung minggu

Hari Sabtu lepas, pergi ambil gambar kerja di Jalan Bangsar
Bila dah ada di Jalan Bangsar, lajaklah terus ke Pantai Dalam
nak makan nasi kerabu yang viral di sini.. 
sekali tengok barisan...fuhh panjangnya.. 
 
mereka yang beratur
 
malas nak join the crowd, kita pun gi makan di gerai
Nasi Berlauk Kuali Gelegok 

sederet dengan Mok Nab juga

Makan nasi kerabu di sini
 
Ada jual nasi kerabu & nasi dagang 

lauk pauk nasi dagang

bahan-bahan nasi kerabu, ada lemak bakar juga
 
 
 nasi kerabu lauk ayam bakar
harga RM8.50, air suam FOC
 
sedap, bolehlah nak repeat... 
 
Dah makan nasi kerabu, jom cari desert - ais krim kelapa
gerainya di seberang jalan
 
sedap - harga RM5.00
 
di gerai ais krim ni, takde tempat nak duduk, so kita gi gerai
ayam goreng Mus ni, order ayam goreng pula
dapat bubur nasi free, sempena pembukaan gerai ni 
 
Mus Fried Chicken - MFC
 
ayam goreng Mus
 
sedap ayam gorengnya, tak habis makan, kita tapau
tujuan utama nak duduk makan aiskrim  

Nampaknya lain kalilah kita gi Mok Nab ya
kalau hari cuti macam ni gayanya, bilalah nak merasa
nasi kerabu tersohor tu...huhu...
 
 InshaaAllah, one fine day.. 

Wednesday, 13 August 2025

Specialty Plum : Dinosaurs Egg Plum

 Selepas makan tengahari di foodcourt di Wisma UOA
singgah di kedai buah, nampak buah plum warna hijau ni..
penjual tu cakap buah plum ni lagi sedap dari buah plum biasa yang warna gelap tu
 
menarik ni, lalu tertarik nak beli, pejam mata tengok harga RM32.00
nak merasa, onzz je lah.. 

 specialty plum katanya..species plum madu
 
Ada peringatan - buah disaluti dengan vegetable petroleum dan/atau beeswax
untuk mengekalkan kesegaran 
 
bagus macam ni siap ada peringatan
 
 
rupa paras buahnya
 
 sudah dibasuh
 
sedap..manis berjus..warna kuning isi dalamnya
lain rasanya dari plum yang biasa tu
 
berbaloi dengan harganya.. 

Monday, 11 August 2025

Kuih Tepung Gomak dan Kuih Dangai Kukus

 Dah lama tak makan dua kuih tradisional ni
 
Tepung Gomak dan Kuih Dangai 
selalu jumpa kuih dangai bakar, yang ni versi kukus
enak juga, inti gula merah
 
 tepung gomak - Malaysian mochi katanya..
ada dua jenis inti - inti kelapa & inti kacang merah
kuih dangai inti gula merah
 
beli di Restoran Haslam..lupa lak nak check harga..
bayar sekali dengan harga makanan yang lain..