Friday, 29 January 2010

Masuk Hutan II

Penangan buat entri tentang masuk hutan, dah kena masuk hutan. Tuntutan kerja. Bukan hutan sebenarnya, tapi ladang kelapa sawit yang berbukit-bukau rupabentuk mukabuminya.



Contoh ladang kelapa sawit yang terjaga, sungguh nyaman suasana disini dengan kicauan burung.

Walaupun naik 4WD, tetapi nak pergi ke anak sungai ini, terpaksa berjalan kaki menuruni bukit. Kira-kira jungle tracking + cardio exercise. Tercungap-cungap juga. Not fit enough.


PKNS Heritage di Bernam Jaya. Rumah kolonial untuk rumah pengurus ladang pada zaman British. Banyak gambar-gambar lama, susur galur PKNS tergantung didalam rumah ini.



Dan gambar ini..



PM Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak melawat kawasan pembinaan projek PKNS.

Satu perkara yang terlintas di fikiran, orang-orang pada zaman 50'an, 60'an & 70'an, kebanyakannya kurus-kurus, slim-slim gitu, jarang jumpa yang 3G (Gemuk, Gempal & Gebu), baik yang lelaki mahupun wanitanya, kenapa ya? Hmm...mungkin tak banyak fastfood, banyak berjalan..banyak naik basikal..fikir-fikir..hmm..zaman berubah..

Monday, 25 January 2010

Masuk hutan

Masuk hutan memang menyeronokkan terutama bagi 'city slickers' yang tinggal di hutan batu. Setiap kali, ada program motivasi di tepi-tepi hutan, aktiviti 'jungle trekking' ni memang dinanti-nanti. Merasa suasana hutan, auranya, baunya, heningnya, tersendiri. Misteri hutan.

Ramai yang berpesan pantang-larang masuk hutan sebab hutan adalah tempat tinggal jin, orang bunian. Oleh itu jangan buat sesuka hati :jangan tegur benda-benda pelik, jangan terlampau gembira sangat, jangan buang air kecil/besar sesuka hati.

Tetapi setiap kali masuk hutan, kadang-kadang takut juga. Takut pada 'species' yang menjalar seringkali terbayang di fikiran.

Doa di bawah ini adalah doa khusus yang ampuh untuk diamalkan sebagai amalan agar diri kita aman dan selamat dari segala ancaman+serangan haiwan liar dan berbisa. Sangat sesuai diamalkan ketika hendak masuk ke dalam hutan dan di mana-mana tempat sahaja pada sebarang waktu yang mana di kawasan tersebut membuatkan kita mudah terdedah kepada ancaman dan serangan pelbagai haiwan liar juga haiwan berbisa.

Sirahnya...Pada zaman Nabi ALLAH Nuh as, sewaktu bala banjir besar yang ALLAH SWT turunkan kepada umat Nabi Nuh as yang ingkar dan berpaling dari mentauhidkan ALLAH SWT, selain dari Para Pengikut Nabi Nuh as yang beriman, sekalian haiwan-haiwan liar dan berbisa yang wujud di muka bumi ALLAH SWT juga diselamatkan oleh Nabi Nuh as dengan cara Nabi Nuh as turut menempatkan ruang untuk sekalian haiwan-haiwan tersebut berlindung di dalam bahtera Nabi Nuh as itu.

Dan apabila bala banjir besar itu mulai surut setelah selama 40 hari pelayaran, kesemua haiwan-haiwan liar dan berbisa tersebut telah berbai'ah dan berjanji di hadapan Nabi Nuh as, bahawa "Kami bersumpah tidak akan mengganggu dan mengancam sesiapa sahaja yang mengucapkan Salam Dan Kesejahteraan buat dirimu, wahai Nabi ALLAH Nuh as.


"Bacaan Inti dari Surah As-Saffat (37), ayat 79"

Bismillaahhirrahmanirrahim..




Mafhum: [79]“Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!”
Bersama-samalah kita mengamalkannya.


Jungle rules:'Leave nothing but footprints, take nothing but photographs'

Tuesday, 19 January 2010

Entry yang sejuk..

Cuaca panas sekarang ni. Sangat teruja untuk membuat entri yang sejuk begini.

Benua Antartika mengalami suhu yang paling rendah di dunia sehingga boleh mencapai 70 darjah Celcius dibawah paras 0 dengan kelajuan angin 300km sejam. 90% daripada mukabuminya merupakan bongkah-bongkah ais setebal purata 2,500 meter. Ada di setengah-setengah kawasan, bongkah-bongkah ais mencapai ketebalan 4,776 meter. Seandainya lapisan-lapisan ais ini mencair, seluruh lautan di mukabumi akan naik sebanyak 70 meter dari paras asal.



Gambar-gambar menarik di Antartika (source: e-mail)







Subhanallah, tidaklah Engkau jadikan semua ini sia-sia..