Wednesday, 13 October 2010

Tanda Ingatan

Salam semua..

Kembali memblog. Episod 'jiwa kacau', 'pecah kepala', nampaknya telah beransur-ansur pergi. Suasana kerja kembali ke 'normal pace'. Pray hard..

Apa nak cerita, ye? Tengok kiri-kanan cubicle..oklah, cerita tentang cenderahati atau kata orang seberang, ole-ole. Inilah ole-ole yang paling popular, senang dibawa sebagai hadiah untuk teman-teman...keychains..walaupun kecil, 'it is the thought that counts'..











Keychains yang bergantungan di ofis..dari dalam dan luar negara...alangkah seronoknya dapat gi holiday..
Dua ole-ole ini sangat istimewa, satu dari Chiang Mai, Thailand dan yang sebelahnya bookmark dari Egypt.

Keychain orang asli Chiang Mai, dari kaum Karen atau Hmong, tak pasti tapi yang pastinya, tak sampai hati nak guna..

Bookmark dari ofismate yang dah meninggal dunia. Bila tengok bookmark tu, saya teringat pada dia, dia yang bernama Malini. Pesakit diabetes keturunan yang kronik, yang tidak putus-putus mencari cinta..akhirnya, kecewa, langsung gi melancong...dialah ofismate yang setia menghantar kad ucapan Hari Raya setiap kali Syawal menjelma..kini tiada lagi. Dia dan kad raya juga.


Life is short, go travel. I need a break..really..

Thursday, 26 August 2010

Santapan Rohani

Assalamualaikum, hmmm..sudah lama juga tidak menulis di sini. Sibuk, itulah jawapan yang pasti. Menjenguk-jenguk ke My Document, melihat-lihat artikel yang sudah lama tersimpan. Terimalahhh... a food for your soul...

Ustaz Fathi Yakan menyatakan dan memperihalkan peripentingnya seluruh kaum Muslimin khususnya para daie untuk beriltizam dengan sifat-sifat keimanan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surat At-Taubah, ayat 112: "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara, yang rukuk', yang sujud, yang menyuruh yang ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang Mukmin itu."

Melalui ayat Al-Qur'an ini, dapatlah disaring bahawa antara ciri-ciri keimanan yang perlu ada pada diri seorang Mukimin yang beriltizam dengan sesungguhnya dengan Islam dan amal-amal Islami termasuklah:

1. Al-Taibun – orang yang sentiasa bertaubat
2. Al-‘Abidun – orang yang beribadat
3. Al-Hamidun – orang yang bertahmid memuji kebesaran Allah
4. Al-Saihun – pengembara di jalan Allah
5. Al-Raki’un & Al-Sajidun – orang yang banyak rukuk dan sujud kepada Allah
6. Al-Amiru bil Ma’ruf wa Nahuna ‘Anil Munkar – orang yang menyuruh kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran
7. Wal Hafizuna Li Hududullah – orang yang memelihara batas hukum Allah.

Buat renungan semasa, bersamalah kita renungkan Sabda Rasulullah SAW berikut yang bermaksud: “Akan datang satu masa (zaman) di kalangan umatku, (di mana) mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang lain. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan Akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan (Akhirat), mereka sukakan rumah-rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan ciptaan Allah dan melupakan Tuhan yang menciptakan.”

Sebagai tazkirah buat diri, marilah kita renungkan pesanan Sayyidina Umar al-Khattab yang disampaikannya kepada pemimpin negeri dan masyarakat yang telah dilantik dalam suatu majlis di mana katanya: “Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Ini kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu membuatkan dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna!”

source: extracted somebody's blog in 2007 (sudah terlupa)..semoga beliau diganjari Allah SWT dunia & akhirat..

Saturday, 5 June 2010

Recycle - Sekadar Peringatan

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.. "

Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa:
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat.


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Ingat kepada mati


Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi. Cuma terfikir, kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar
ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.


Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah
pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia2
di saat pintu2 langit sedang terbuka?


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan.

Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? Kalau kita tak suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat kita (leh terima
ke?).


Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa
Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah SWT.


"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar utk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

source: e-mail